21 December 2012
19 December 2012
Nightwish - Phantom Of The Opera
Ini kumpulan heavy metal...ain tak minat sangat kumpulan sebegini...
Someone yg start kenalkan ain ngan kumpulan ini..dalam hp dia penuh ngan lagu sebegini..
Sememangnya dia amat meminati kumpulan heavy metal...
Bila ain dengar je lagu ini,automatik ain terus teringat kan dia..
Semoga dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang..
12 December 2012
Sahabat Dunia Dan Akhirat
Terima kasih sahabat..
Kerana sentiasa ada disis tak kira susah dan senang...
Sentiasa ingat ain walaupun sesibuk mana kamu...
Tak terucap kata2 terima kasih ini...
Ain harap kamu tidak pernah jemu melayan kerenah ain yang bermacam2..
Sudi menjadi penasihat ain dikala ain dilanda kekliruan...kesedihan...
My chinggu..i always love u...
11 December 2012
THE WEDDING BREAKER - Evelyn Rose
Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata m
asyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
Ain tak baca pon lagi novel ni tapi ramai kata best.
Novel ni No 1 Carta Bestseller kat Popular..
So,tggu ain beli dulu yek baru blh cite panjang2..
Sebenarnya, Saya Isteri Dia - Zura Asyfar
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Cite ni best sangat2..
Walaupon ain belum baca keseluruhan tapi bestlah...
tak sabar nak beli novel ni..dah cari tapi still tak jumpa...
09 December 2012
Username
Hye2...lama sudah tak menaip entri yang panjang2..
bukan nya apa busy gile2 sekarang ini.
terlalu banyak projek yang perlu disiapkan..
okeylah..malas nak coret panjang2 bukannya ada orang baca pun kan...huhuhuhuhu
Berbalik pada tajuk diatas ain terpanggil nak kongsi username..
Ain pasti setiap orang mesti ada username masing2..ada tu sampai ada lima username..al-maklum lah nama terlalu panjang...hihihihi...
Nama sebenarnya ain adalah AIN AFIFI ABDUL KADIR..
Ahli keluarga ain dan orang2 kampung ain semua panggil ain ni PIPI..
Tapi lau abah ain panggil P je..so,kalau ada benda dia nak mintak tolong,mesti nama ain yang disebut sebab senang je..sebagai contoh "P.......tolong ambikkan baju abah dalam bilik","P...pergi kedai beli ayam"...hihihihi
Kawan2 ain plk panggil AIN je..tapi kadang2 dalam kelas tu ada dua orang nama ain,mesti kitaorang tertukar..kalau sorang panggil ain, mesti dua2 berpaling..diorng kena panggil sekali nama ayah barulah betul..
Panggilan yang ketiga adalah FIFI...nama yang ni paling ain suka..sebab jarang sangat ada orang panggil ain dgn panggilan ni..selalunya lecturer n cikgu sekolah ain je yg guna nama ni..dan abg ipar ain guna nama ni lau dia mesej ain..sweet sngt...erk..perasan lor..
So,apa pulak nama panggilan korang yek????...
Subscribe to:
Posts (Atom)















