CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 March 2011

"Saya nak header free dari aidanatasya.co"


 
1. Tajuk : "saya nak header free dari aidanatasya.co"
-banner letak header yg sy baru buat tuk kak emme.. Link kat blog dia.... (DONE!!!!!)

2. Nyatakan kaler apa korang nak, untuk header korang? Klu korang ada bahan sdiri lagi bgs.. Hehehe: 
  • saya nak kaler merah sbb sy minat warna merah....pastu nk cmpur ngan kaler lain pon boleh...sy tak kisah...
  • nk letak nama saya lah AIEN AFIFFY...
  • kalo muat letak FOR THE REST OF MY LIFE
  • pastu nk letak gmbar sy yg ni....


3. Napa korang berminat dengan header yg sy buat?
  • sbb sy tak pndai nk wat header mcm yg diatas ni buat...
  • lagipon nmpak cantik yg header di atas ni...walaupon simple tpi cantik....
  • good job..sy suka...
  • sya harap sya org yg terpilih...
  • terima kasih...

Dapat Hadiah Tapi....

Hye...Kalau sesiapa yg pernah baca entri ain sebelum ni,ain ada ckp psl ain dpt hadiah dari radio era kan...
Dan semalam hadiah tu selamat smpai ke tangan ain...
Jom kit tgk apekah hadiah itu...

..
..

..
..

..
..

..
..
hihihihi...
..





 (maaf..gambar terbalik...)



Ain dpt 4 keping tiket wayang percuma filem CUN...
filem ni rasenya belum keluar lagi kat pawagam..
Remy Ishak ngan Maya Karin yg berlakon cite ni...
terharu dpt benda ni TETAPI....
kat kelantan mana ada pawagam..frust sngat2..huhuhuhu...
mcmne nk tgk...terpaksalah pergi KL kalo nk tgk...
nasib baik benda ni tak tarikh luput...
By the way...terima kasih radio ERA sbb sudi bagi hadiah ni...
Nati lainkali bgilah hadiah lain plk...
Dan sesiapa nk dpt hadiah mcm ain ni senag je...
pergi ke laman web ERA dan jadilah juri muzik Di ERA...daftar dan jwb segala pertanyaan yg ditnya kemudian hantar...pasti anda pon akan terpilih..
Selamat Mencuba yek....


p/s :: sape nk ikut???...ain ngan kak ain...2 lagi tu nk bagi kat sape yek????...hihihi

30 March 2011

Top 10 Telefon Bimbit Paling Mahal Di Dunia

 
 
Dulu semasa awal tahun 90an, telefon bimbit menjadi satu aksesori bagi mereka yang berkemampuan. Memandangkan demand pada ketika itu rendah, sebuah telefon bimbit yang paling basic mencecah ratusan ringgit. Kad sim pula bernilai ratusan ringgit.

Tetapi sekarang, telefon bimbit merupakan antara keperluan asas yang perlu ada bagi setiap orang. Dan harganya sudah tentu pada harga yang mampu dimiliki.

Tapi, tahukah anda, masih ada pengilang yang menjadikan telefon bimbit ini sebagai satu aksesori mewah bernilai jutaan ringgit untuk setiap unit?
 
 
1. Goldvish "Le Million" = £ 1,000,000 (RM 4,247,999.51)
 
Ianya adalah telefon bimbit paling paling mahal pernah dicatatkan dalam sejarah. Hal itu dipamerkan di Millionaire Fair tiga hari di Cannes, Perancis untuk mengesahkan penjualan Telefon Bimibt Paling Mahal di dunia. 


'Le Million' Piece Unique yang dibeli oleh seorang usahawan Rusia untuk isterinya ini, bernilai 1 juta Euro ($ 1.2 juta)!


Dibuat oleh GoldVish SA, sebuah syarikat telekomunikasi yang berpusat di Geneva ini, diperbuat daripada emas putih 18 karat, dipasang dengan 1800 (sebanyak 120 karat)- berlian Gred VVS 1 dinilai dan dilengkapi dengan teknologi telefon bimbit yang terbaru pada ketika itu.
 
 
 
2. Vertu Signature Cobra = $ 310,000 (RM 965,029.97)
 

Telefon bimbit ini boleh anda miliki pada harga RM 965,029.97.


Vertu pada ketika ini mengambil tempahan daripada Signature Cobra hanya sebanyak 8 unit. Ianya direka oleh seorang pereka berlian warganegara Perancis, Baucheron.


Telefon ini memiliki satu potongan berlian, sebutir berlian putih, 2 mata zamrud, dan 439 butir rubi.


Bagi mereka yang inginkan versi yang lebih murah, Vertu boleh dimiliki pada harga $115,000 dan tanpa perhiasan rubi.
 
 
3. Sony Ericsson Black Diamond = $ 300,000 (RM 933,899.97)
 
The Black Diamond telah berada di pasaran pada tahun 2007, daripada sebuah syarikat bernama VIPN, dan bukannya Sony Ericsson.


Hanya 5 unit dihasilkan dan dijual pada kadar RM 933,899.97.


Ianya mempunyai kelengkapan Quad-Band dengan teknologi Wifi, Intel 400 Mhz berplatform Windows Mobile 5, skrin sentuh 2", memori dalam 128 Mb, storan luaran 2 Gb kad SD, dan juga kamera 4 megapiksel.
 
 
4. Vertu Diamond = $ 88,000 (RM 273,943.99)
 
Vertu sekali lagi mengeluarkan telefon bimbit mewah pada harga RM 273,943.99. Ianya dipenuhi dengan butiran2 kecil berlian serta berlian 8 karat pada pad kekunci nya.


Struktur badan telefon bimbit ini dihasilkan daripada platinum berkualiti tinggi, disokong oleh bearing rubi dan diperkukuhkan dengan komposit seramik yang kebiasaannya digunakan untuk penghasilan kapal angkasa.


Hanya 200 unit sahaja dihasilkan dan dijual di kedai2 berlian dan perhiasan mewah.



5. Motorola V220 Special Edition = $ 51,800 (RM 161,253.40)
 

Peter Aloisson, seorang pereka Austria, telah menggunakan telefon bimbit Motorola ini dan menyaluti strukturnya dengan  1,200 berlian. Pad kekunci nya juga dihiasi dengan emas 18 karat.


Pergh, ini nak buat call tempat awam pun risau kena ragut!
 
 
6. Gold Edition Nokia 8800 = $ 2,700 (RM 8,405.10)
 
Telefon bernilai RM 8,405.10 ini diperbuat daripada emas 24 karat.


Ianya dilengkapi dengan teknologi asas model 8800, kamera SVGA 0.5 megapiksel, skrin TFT (208 x 208). Juga mempunyai capaian EDGE, Bluetooth, Infrared, Java, MMS, SMS, USB, WAP serta memori dalaman 64 Mb.


Selain itu, telefon mewah ini juga dilengkapi 64 nada dering polyphonic, radio FM, pemain Mp3, rakaman video dan 180 minit rakaman perbualan.



7. Mobiado Professional EM (wood) = $ 1,900 (RM 5,914.70)
 
Profesional EM adalah telefon bernilai RM 5,914.70 diperbuat daripada kayu hitam (ebony) dan butang titanium, kamera 1.3 megapiksel dan capaian Bluetooth. 


Ianya terdapat dalam edisi terhad sebanyak 200 unit. Menurut laman web tersebut, telefon ini tidak dijual di Amerika Syarikat.
 
 
8. Bang & Olufsen (Samsung) Serene = $ 1,250 (RM 3,891.25)
 
Bang & Olufsen telah bekerjasama dengan Samsung untuk menghasilkan model Serene yang  ramping tetapi tidak konvensional. 


Rekabentuknya tersedia dengan sebuah motor untuk membantu anda membuka dan menutup telefon. Ianya sangat tidak praktikal kerana anda memerlukan pemutar skru khusus untuk mengakses bateri dan kad SIM. Rekabentuk pad kekuncinya yang agak berlainan daripada biasa memerlukan sedikit masa bagi pemiliknya untuk selesa menggunakannya. 



9. Gresso Luxury Phone = Lebih $ 1,000
 
The Gresso yang berpusat di Rusia, adalah pendatang baru dalam industri telefon mewah. "Gresso Luxury Phone"diperbuat daripada emas dan "Blackwood" Afrika. 

 The Gresso akan mengeluarkan sebuah koleksi lima model yang diberi nama Black Aura, yang direka oleh seorang pereka terkenal dari Itali.  

Setakat ini ada dua versi dari telefon "Blackwood" Afrika, satu dengan emas merah jambu yang diberi nama Gresso Blackwood Gold Edition, dan satu versi diperbuat sepenuhnya daripada "Blackwood" Afrika.
 
 

10. Lamborghini 8800 Sirocco from Nokia
 
Telefon mempunyai liputan tri-band GSM untuk lima benua, serta 128 MB memori dalaman. Seperti paparan TFT warna, dilindungi oleh kaca anti gores dilapisi safir.

Ianya juga mempunyai kamera 2 megapiksel, serta pemain MP3 digital terintegrasi. Ianya juga mempunyai capaian Bluetooth, pelayar xHTML, Instant Messaging, perkhidmatan video streaming, serta pemindahan data melalui EDGE, GPRS, atau TCP / IP.

Model telefon bimbit Lamborghini edisi terhad (500 unit) ini juga akan memaparkan grafik Lamborghini sebagai wallpaper, screensaver, nada dering, dan bahkan mempunyai video dokumentari pendek tentang Lamborghini.  

Tidak dinyatakan harganya.
 
 
p/s :: pilih2 nak yg mana...ain nk yg no 2 ngan 10...hahahaha

29 March 2011

Amar - Amani



 
Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR 


p/s :: best sngat lagi ni...tiap2 hari ain dengar....hihihi... lirik dia menyentuh jiwa...

28 March 2011

Kejutan....


Kejutan di pagi hari...hihihii....
Ain baru je dpt panggilan dari radio era tadi...
Diorg ckp nk bagi hadiah....
Teruja seketika ain....hihihi...
Cuba teka ain dpt ape???...
Ain sndiri pon tak tahu ape...nati kalau dah smpai,ain bagi tahu tau...
harap2 diorg tahu kat mana rumah ain....
daa....

27 March 2011

13 Uncang Teh Yang Menarik Dan Kreatif


1. Cigaret Tea Bag



2. Ineeka Tea Bags 


3. tPod Tea Bags



4. Tea Forté 



5. Tea stick 



6. T Bag



 7. Tea To Go Sticks 



8. Maum Tea Bags 



9. Tea Stick Stirrer 



10. Lighting Tea Bag 



11. Hanger Tea



 12. Herbal Tea Bags 



13. Origami Tea Bags  




p/s :: uncang teh pon boleh dipelbagaikan...kreatif sungguh manusia zaman sekarang....huhuhuhu
 

Kedai Gula-Gula Terbesar Di Dunia





















Dubai sekali lagi menarik perhatian dunia dengan membuat kedai gula-gula terbesar di dunia.kedai tersebut dinamakan 'Candylicious' berukuran 10.000 kaki persegi!!!.Didalamnya tersedia 'Canopy'a (lollipops terbesar di dunia) dan juga tersedia 'Pick and Mix' (dinding gula-gula terbesar di dunia).Jadi kita boleh mengambil gula-gula yang ada di dinding dengan warna yang kita suka.begitu juga gula-gula M&Ms yang mengimbau nostalgia era 80an.'Candylicious' dibuat dengan konsep fantasy,enjoy,fun dan memori masa kecil yang tidak dapat dilupakan,digabungkan dengan rekaan konsep penuh imaginasi termaju di dunia.

p/s :: bila agak2 nya malaysia nk wat kedai mcmni???....hihihihi.....

Super Junior - Shiwon