CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 February 2011

I Miss Them so much...




1) Ain rindu sngat kat kak ain...

iera, kaklong n ain
naniey

Ain rindu sngat ketiga2 kak ain iaitu kak long,naniey dan iera..tapi yg paling2 ain rindu kak ain yg dok kat kl tu naniey..dah 2 bulan lebih dia tak balik..ain tahu ada sbb kenapa dia tak balik...2 kali dia call abah dan 2 kali jugak dia nangis..ain tahu dia rindu sngat2 kat umah..dan kadng2 tu ain rase hanya ain sorg je yg faham perasaan dia..Walaupon semua org kutuk n tak suka dia tapi bagi ain dia tetap kak ain yg paling baik..
Andai ain diberi pilihan,ain nak kehidupan dimana kakna belum kawin.masa itu kitorg keluar berlima jalan2 ke kbmall..fun sngat2..nak kemana msti berlima...ain nk sngat kemali ke masa tu dan nk dok ctu smpai bila2...huhuhu
Special wish untuk naniey ::
Nie,sabarlah tempuhi semua ni..mgkin Allah nk bagi yg lebih baik lepas ni..janganlah putus asa..ore syg sngat2 kat ko...ko lah kak ore yg memahami ore..luv u so much...

2) Ain rindu sngat2 kat ADIB


Aien + Didiey + Ika + Basya = ADIB
Ain rindu nk jumpa korg..last jumpa msa bulan satu...kalao bleh ain nk kita hangout seharian mcm kita pi kat gmbar kat atas ni...ain harap sngat msa tu akan tiba...luv u so much...muahhhh..=)..

3) Last one that i miss....Someone start with letter H

  Mr. H (bukan gmbar sebenar)

Sape lah agak2 nya mr H ni yek...Ain terpaksa rahsia kan nama dia sbb manalah tahu makwe Si H ni baca blog ain..matilah ain..hihihihi..walaopon Si H tak mungkin baca blog ni tapi ain nk bagi sedikit penghargaan buat beliau...cewahh...
Apa istimewa si H ni...Ain rindu sngat2 kat dia sebab selama ni dia bnyak bagi dorongan dan sokongan kat ain...especially setiap kali result final exam kuar..dialah org pertama yg tnya result ain dan dia juga org pertama tahu result ain...hihihihi..ain paling takot nk check tapi dia bagi nasihat yg menyentuh hat ain dan secara tak langsung ain jadi berani nk check...hihihihi..dia sngatlah istimewa dlm hati ain...
Dia selalu suh ain cari pakwe sbb ain selalu mengadu kat dia yg ain jelous tgk kwn2 ain kuar ngan couple masing2...dan jwapan yg sama ain bagi ialah tak bersedia dan kalao bleh nk kawin je terus..xnak couple...tapi sebenarnya ain tggu dia lamar ain jdi makwe dia...hahahaha...perasan sngat2 ain msa tu...hihihihi..ain tahu dia hnya anggap ain kawan baik dia sahaja...xlebih dari tu...so,ain pendam je lah hasrat dan keinginan ain tu..huhuhu...tak berapa lama kemudian ain dapat tahu dia couple semula ngan ex-makwe die smpailah sekarang...mase ain dpt tahu tu memang frust sngat2 tapi ain ni jenis cool down..suka simpan perasaan...huhuhu..biarlah ain takde jodoh ngan dia...So,sekarang ain anggap dia kwan yg terbaik ain...Ain selalu share masalah ain kat dia dan sperti biasa dia akan bagi nasihat yg best dan menyentuh hati ain...Hilang semua masalah ain bila bercerita kat dia...huhuhuhu...
Sekarang ni dia berada jauh di Negeri Sembilan..dan kami terputus hubungan mybe dlm 6 atau 7 bulan lebih...Dia pergi untuk mengejar cita2 dia...HArapan ain agar dia tak lupa kan ain ni dan ingat janji dia kat ain...ain akan tggu kemunculan dia semula selepas ni....gud luck mr.H..Semoga tercpailah cita2 itu yek...

 

p/s :: rindu ain pada yg Esa tetap ada dlm hati...

Serik atau ????

Hye2...arini ari ahad..dah start keje balik..on the way ke ofis pagi tadi tertido dlm kete...ngatuk sngat2...sory kak jey sbb biarkan kak jey drive sorg2...hiihihi...
Minggu lepas merupakan mggu agak stress buat ain...huhuhu...sistem ada masalah...update n delete takde function...so,terpaksalah refer kepada yg pakar iaitu didiey...So,waiting dia utk on9...hihihi...
 Ekcely bukan nk cite psl keje pon...nak cite psl bnda lain...


Ain nk luahkan ape yg terbuku dlm hati ni...konflik yg ada dlm keluarga ain...keluarga ain takdelah besar sngat pon..ain adik-beradik + mak abah = 7 org...setiap antara kami ni mempunyai perangai yg berbeza2 dan kadang2 tu agak melampau...
erm...ain tak tahu bila lah konflik ni akan berakhir...ain yg ada kat umah jdi semakin tertekan...kdng2 tu ain rase mcm nk jadi gila...masyaAllah...dijauhkanlah...huuhuhu...
Bukan nya ape..masing2 taknak mengalah.mementingkan diri sendiri...Mak ain sibuk je suruh kak ain bagi balik kereta persona yg kak ain jnji nk bagi masa bulan 12 lagi..Memang duit muka kereta tu mak yg bayar tapi tiap2 bulan kak ain yg bayar..baru2 ni roadtax pon kak ain yg bayar..jdi automatik tu kereta kak ain..tapi mak masih ckp dia ada hak kat atas kereta tu dan dia nk kereta tu ada kat umah..takyah bwk ke mana2 terutama ke kuala lumpur (kak ain tu keje kat kl)...tiap2 hari mak asyik ckp psl kereta tu...smpai ain pon dah bosan...Bukan nya kak ain taknak bagi balik tapi kak ain tu keje nurse...susahsangat nk dpt cuti..tapi mak ingat keje nurse tu mcm keje cikgu..boleh cuti hujung mggu...huhuhu....Kak ain dah 2 bulan tak balik..ain tahu dia bukan taknak balik tapi kalau balik mesti tiap2 hari mak tnya psl kereta tu...syg sngat mak kat kereta tu...kadang2 ain ase mak lebih sayangkan kereta dari anak-anak2 dia sndiri...maslah ni akan selesai bila kak bagi balik kereta tu kat mak...tu je jln yg terbaik...ain harap2 hari ni selamat smpai kereta persona kesayangan mak tanpa sebarang cacat cela...
Tak habis ngan masalah kereta..timbul pulak maslah kawin plk kak ain yg sma...kak ain tak urus pon lgi hal kawin dia..bulan ni dah nk langsungkan tapi satu bnda tak buat lagi...yg ni ain tak tahu slah sape...ain taknak masuk cmpur...huhuhu..
Ain dah letih..letih sngat2 bila menghadapi tekanan seperti ni...Sampai satu tahap ain jadi serik...ain jadi takot...dan sbb tu ain dah uat keputusan..semua bnda yg ain nak ain akan beli dgn duit sndiri especially kereta...ain tak akan mintak atau pinjam duit kat sape2..TAK AKAN SAMA SEKALI..ia menjadi peringatan kat ain...sama jgk tentang hal kawin...mgkin ain akan suruh mak cari menantu yg dia berkenan sbb nati ain taknak ada benda yg tak kena kat mak tentang suami ain tu...(ape yg ain melalut ni)...huhuhu...

Sampai kat sini je yg ain dapat coretkan...sebelum tu ain nk betulkan kat sini yg ain hnya nk luahkan dan share dgn kwn2 pasal masalah ain...Ain tiada niat utk mengata atau mengutuk keluarga ain sndiri..Ain minta maaf...dan Ain harap sngat maslah ni akan segera selesai...daa.. 
 

Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka.

23 February 2011

Bunga Idaman

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah dan berwarna-warni. Aku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya; pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.
Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.
Aku menghampiri bunga itu.
Ia nampak cantik dari jauh. Kulihat batangnya yang tidak berduri, lalu aku sentuh dan aku cuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya.
Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan. Lagak mereka sungguh menjengkelkan.
Aku mengumpat di dalam hati; rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.
Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Dia membiarkan gadis manis itu menangis hiba.
Pada masa yang sama aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.
Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya. Dia berjalan sambil menundukkan pandangannya. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.
Aku tersenyum sendiri teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi aku lihat.
Aku mula bermonolog..
Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.
Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu aku bingkas bangun.

Siapakah aku?
Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung diriku sendiri...
"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"
Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Kecantikan Sejati Bukan Di Wajah

"Boleh saya melihat anak saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak dengan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang menutupi wajah bayi lelaki yang comel itu.
Ibu itu menahan nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berbalik memandang ke arah luar jendela rumah sakit tidak sampai hati menatapi wajah ibu tersebut. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga.
Waktu berlalu dan kini bayi tersebut telah menjadi seorang anak yang boleh berkativiti dengan sempurna, cuma penampilannya saja yang tampak aneh dan buruk.
Suatu hari anak tersebut bergegas pulang ke rumah terus membenamkan wajahnya di pelukan ibunya yang menangis. Ia tahu hidup anaknya penuh dengan kekecewaan dan tragedi. Sambil teresak-esak anak lelaki itu mengatakan yang dia diejek oleh orang dewasa dan dikatakan anak ini adalah makhluk aneh.
Di sekolah anak tersebut disukai oleh rakan-rakan sekolah. Anak tersebut membesar tampan dengan kecacatannya. Dia berbakat dalam bidang muzik dan penulisan.
"Ibu,saya ingin menjadi ketua kelas."
Ibu hanya mendiamkan diri, tapi di dalam hati ibu merasa kasihan dengan anaknya.
Suatu hari si Ayah terus berjumpa dengan seorang doktor yang boleh melekatkan telinga untuk anaknya.
"Saya percaya saya boleh memindahkan sepasang telinga untuknya, tetapi harus ada orang yang tampil untuk menderma".
Beberapa bulan kemudian si ayah memanggil anaknya sambil berkata, "Nak, seorang yang tak ingin dikenali telah bersedia mendermakan telinganya padamu. Kami harus segera mengirim kamu ke hospital untuk menjalani pembedahan tetapi jangan ditanya siapa yang menderma."
Pembedahan dilakukan dengan berjaya dan kini telah lahir seorang lelaki yang mempunyai cukup sifat. Bakat muziknya yang hebat menjadikan ia terkenal dan menerima banyak penghargaan dari sekolahnya.
Masa berlalu dan dia pun berkahwin dan bekerja sebagai seorang yang berpangkat besar. Terdetik di hatinya tentang masa-masa silam lalu menghampiri ayahnya.
"Ayah, saya hendak mengetahui siapa yang telah mengorbankan ini semua pada saya, ayah. Ia telah membuat sesuatu yang amat besar dan ingin sekali saya membalas budinya."
Ayahnya menjawab, "Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan telinga itu."
Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan kata-kata, "Ayah tidak dapat membuka rahsia ini sebelum tiba saatnya."
Tahun berganti tahun ayahnya tetap menyimpan rahsia. Hinggalah pada suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan lelaki itu berdiri ditepi jenazah ibunya yang baru saja meninggal dunia. Dengan perlahan dan penuh syahdu si ayah membelai rambut isterinya yang terbujur kaku sambil menyelak rambut sehinggalah tampak bahawa si ibu tidak mempunyai telinga.
Sambil menangis si ayah berkata, "Ibumu sangat suka menyimpan rambut yang panjang dan tak seorang menyedari bahawa ia telah hilang sedikit kecantikkannya."
Kecantikkan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh tapi di dalam hati. Harta karun yang hakiki tidak terletak pada zahirnya, namun pada apa yang tidak dapat dilihat. Kasih sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang dikerjakan dan tidak diketahui.

Kisah Sebatang Pokok Epal



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "
Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.


Cerita ini dipaparkan untuk mengajak semua untuk berfikir tentang pengajaran yang dapat diambil di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya pokok epal yang digambarkan di dalam cerita di atas adalah anologi kepada kedua ibu bapa kita. Kita dapat lihat daripada cerita di atas, jika kita memerlukan bantuan, kita akan mencari ibu dan ayah kata. Selepas mereka membantu kita, kita selalunya tinggalkan mereka dantidak ambil kisah tentang mereka. Mereka (ibu bapa) sentiasa mencari jalan untuk membantu anak-anak mereka, namun ramai anak di luar sana yang tidak mengenang budi malah menderhakai mereka. Fikirkan.

16 February 2011

::coNteSt kaMi pOsE cuMey::




Ain berminat sngat2 nk join kontest ni...


Ain bagi dua gmbar...harap2 pengajur dpt terima...hihihi
Ain suka sngat2 gmbar ni...
Saya join contest ni sebab hadiah yg ditawarkan itu sungguh lumayan dan Ain nk share dengar blogger yg lain gmbar kawan2 ain..
Ain ada 3 org kawan baik...iaitu Ain,Didie,Ika n Basya..
Kitorg sngat rapat dan pegi kemana2 pon mesti berempat..
Kitorg ada hobi yang sama iatu suka sngat pergi jalan2 a.k.a berderak (dlm bhs kelate)...
Ain harap Ain terpilih lah dlm contest ni yek...

Ain nk tag ::

'Cute Baby Style Contest'


Ain nk bagi gambar ni..


Ni gambar anak saudara ain yg first sekali..

Nama : Mohammad Shamil Haqiem bin Mohammad Sabri
Umur : 2 tahun 
Tarikh Lahir : 21 Feb 2009
Nama Ibu : Marhana Bt Abdul Kadir

D'Aina Collection Give Away



Ain nak tag ::

13 February 2011

Hari..Hari...

Hye kawan2 semua...ain kembali lagi setelah cuti 2 hari (jumaat n sabtu)...
Excely nk post kelmarin..Bgun pagi2 hari lgi terus bukak laptop n terus connect broadband..tiba2 xleh nk connect..setelah try beratus-ratus kali baru teringat ni mesti kes xbyar bil..huhuhu...terus mesej my sis tnya byar ke tak bil bulan ni n dah agak pon dia ckp xdan masa nak byr..tggu dia cuti lah..bila tu ain xthu...huhuhu...
Okay berbalik tajuk kita diatas..hihihi..jumaat dan sabtu ni dilalui dengan penuh kesunyian..my aqiem blik rumah atokk nya..jadi tinggallah ain,mak n abah je dok kat umah tu dihujung miggu...xgi jln2 pon sbb kak na xde..selalunya hari jumaat kuar tapi kelmarin dulu dok umah je...So,rutin harian ain dihujung mggu pon sudah berubah sejak ketiadaan kaklong..kaklong ain dah "fly" ke shah alam ari isnin baru ini...So,apa yg berubah yek...hihihi..jeng..jeng..

Kisah hari jumaat
Bangun seawal 6.00 pagi..sembahyang subuh...bukak laptop jap sementara tggu hari cerah..dalam pkul 7,start uat keje..basuh kain..sapu rumah *nasib baik rumah kecik..lau dua tingkat,pengsan ain nk sapu....Jemur kain plak...kemas rumah...dalam tengah hari tu siap2 masak...angkat baju...Lepas Zohor terus tido..hahahha..penat sngat2...Bkn tak pernah buat semua2 keje ni tapi xdelah semua tu ain uat sorg...selalunya kaklong yg uat..ain tgk je..hihihi..sekarang kaklong xde,so ain yg take place dia..hihhihi...
TApi memang sunyi keadaan rumah..ain uat keje pon dlm keadaan tenang tanpa sebarang gangguan..kalao my aqiem ada..riuh satu rumah...nk uat keje pon mesti ada yg xmenjadi sbb dia dok kacau...Malam plak rileks..tgk cite Ustaz Amirul...best cite tu...penuh keagamaan..ustaz amirul pon tersngatlh hensem...tiba-tiba terlintas dlm hati ain nk suami mcm dia..kalo bleh sebijik mcm dia..hahahha.*perasaan sngat2...n then tiba2 plak mak ckp psal yusoff...*sape yusoff*..jeng..jeng...natilah ain cite..bgi suspen ckit...malam itu berlalu dgn tenang....

Kisah hari Sabtu...
hari sbtu plk biasa2 je...uat keje mcm biasa..sebelah petng ain gi rosmadi..test mata n got new glassess..hihihi..suka2...dan sebelah malam plak something terjadi...huhuhuu
excely dah beberapa hari mak dok tnya kaklong ngan ira (kak ain yg keempat dok kat pulau pinang) ada call tak..ain ckplah xde..dah semiggu diorg pegi tpi xcall pon mak...
Dan semalam mak suh mesej ira tu tnya dok mana..brulah dia call balik nk ckp ngan mak..tapi mak merajuk..xnak ckp..puas pujuk tapi xnak jgk..ain tgk muka mak dah lain..kecut peut jgk...lepas ira,kaklong plak call...bgi handset kat mak,mak terus pegi masuk dapor...mak merajuk ngan kak ain berdua tu...ain tgk pon dah sedih...ain tahu mesti mak nangis masa masuk dapor tapi ain tak berani nk pegi kat dia..mestilah mak sedih sebab anak2 dia ni langsung xingat kat dia...mak asyik fikir psl anak2 dia yg bermcm2 kerenah smpai xlalu makan tapi anak2 dia lupa nk tnya khbar...ain sbgai anak bongsu xde hak nk tegur kakak2 ain tu..xpelah lagi dua tiga hari okey lah mak tu...*stop kat sini pasal mak*...
Malam tu jgk ain tgk cerekarama "AMPUNKAN DAKU"..best sngat cite..airmata berjurai2 turun..nasib baik tgk sorg2...huhuhu...insaf sngat2..ain sentiasa doa agar ain dan kakak2 ain dihindari dari perbuatan maksiat...ain xnak mak ngan abah malu...amin...

hohoho..pnjangnya entri ain kali ini..hihi..sekarang ni pukul 10.30 pagi..ada kat ofis..mood arini nak uat sistem..marin dah siap 3 interface..arini smbung balik..ain uat sistem sorg2..nk mntak tlg kat sape pon ain xthu..huhuhu.ain harap2 ain dapat buat dengan baik dan apa ain buat tu menjadi..ain taknak mntak bantuan org lain sbb takot org tu xnak tlg..prinsip ain senang kalau ain mntak sekali xdpt,ain xakan mintak buat kali kedua...So, ain prefer uat sendiri..bila agak2 nk pecah kepala baru tnya org...huhuhu...Kwn2, doakan ain berjaya uat sistem yek..ain nk grade..xnak ada yg tersngkut...hihihi...

So smpai kat sini je..ain nk smbung uat keje..sejak mggu lepas dok key-in data tapi smpai sekarang xsiap..hhuhu...nak sipakan sebelum esok..laps tu nk concentrate kat sistem...
Ain harap kamu semua xbosan baca entri ain..ain xpndai nk tulis sebenarnya...hihihi..
daa...


Hidup ini umpama sebuah lautan,
Bagaikan istana yang diimpikan,
Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,
Yang pasti akan tiba hujungnya
Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan.



p/s :: sesibuk mana pon anda,jgn lupa tnya khabar mak dan ayah anda..inagtlah setitik airmata ibu yg menangis kerana kita,selautan dosa yg kita dapat...

09 February 2011

Pilihanku

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud  seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang  sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..
              
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'

"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.” 

p/s :: renung2 kan dan selamat beramal...

Aku Jatuh Cinta


CINTA.. Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku, Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu.. Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku, Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu.. Andai saja kau JAUH dari diriku, Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku.. Andai saja kau HILANG dariku.. Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta.. Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu.. Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku.. Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan.. Biar harta dan jasad terkorban.. Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta.. Menyebut namamu takkan pernah jemu.. Mengingatimu takkan pernah lupa.. Memujimu takkan pernah rapuh.. Janjimu sentiasa teguh.. Cinta sehidup dan selepas mati.. Cinta yang sentiasa bahagia walau derita.. Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu! Aku hidup kerana cinta itu! AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cintamu.. Itulah pelindung yang memeliharaku.. Itulah ketenangan yang mententeramkan aku.. Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada.. Engkau yang sentiasa bersama.. Saat suka dan duka.. Aku cinta padamu.. Aku cinta pada takdirmu.. Aku cinta pada jalanmu..
Atas nama cinta.. "Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.." Atas nafas cinta... Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.. Jihad cinta buatMu ya Rabb... Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu.. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..


p/s :: cintaku hanya pada Allah...amin...

Jihad Cinta Damia

  www.iluvislam.com Oleh: mia effa Editor: rabiatul_adawiyah  “Apa salah Mia, mama? Mia tutup aurat, Mia solat..tiap-tiap hari Mia doakan kesejahteraan keluarga kita ma, tapi kenapa Tuhan balas Mia begini??!” Damia berada erat dalam dakapan ibunya, Faridah.


Sejak anaknya menjadi mangsa kerakusan lelaki tidak berhati perut, sejak itulah hidup anaknya seakan gelap. Tiada lagi senyum dan tawa yang menghiasi satu-satunya anak perempuan kesayangannya. Tercabar jua naluri keibuannya. Entah apa lagi yang harus dilakukan untuk mengembalikan semangat puteri kesayangannya. Pujukan dengan kata-kata seakan lemah buat Damia. Hanya doa yang mampu Faridah titipkan agar Damia kembali positif dalam hidupnya.

’Andai ibu diberi pilihan, biarlah ibu yang menanggung deritamu, Mia,’ bisik hati kecilnya.


Damia bukan lagi seperti dulu. Perwatakannya jauh berbeza dari sebelumnya. Kalau dulu pada awal subuh dan selepas maghrib akan terdengar alunan bacaan Al-Quran yang merdu menghiasi kamarnya. Namun kali ini cuma esakan yang menjadi ganti suasana itu. Ah,rindunya pada Damia yang dulu! Terkadang hampir sahaja keluar sumpah serana dari bibirnya untuk lelaki tak bertamadun itu. Kalau ikutkan hati, biarlah lelaki itu mati ditangannya!


“Mama tak tahu lagi nak buat apa..mak tak sanggup tengok adik kamu terus menangis macam ni. Sekarang dah hampir tiga bulan Johan. Tiga bulan! Tengoklah apa lelaki keparat tu dah buat dengan adik kamu! Makan pun payah, solat pun dia dah abaikan, asyik menangis..menangis…menangis. Jumpa doktor psikologi pun tak ada sembuhnya!” perasaannya berbaur marah dan kecewa. Ujian apakah yang menimpa keluarganya? Cukuplah dia melalui zaman perit bersama bekas suaminya dulu, cukuplah hanya dia yang menanggung derita dan kecewanya terhadap seorang lelaki. Kenapa ‘lelaki’ juga yang memusnahkan hidup anaknya, Damia?!


“Ma, Jo tahu apa yang menimpa Damia memang teruk dan tak pernah terfikir pun ia akan berlaku. Tapi Jo yakin setiap kejadian ada hikmahnya, ma. Mama pernah ajar Jo kan, kita tak boleh putus asa dalam hidup ni sedangkan Allah masih tidak pernah putus menghulurkan pemberian-Nya. Allah masih memberi kita waktu untuk bernafas di udara-Nya, memberi waktu untuk mengingati-Nya, memohon pada-Nya. Mama juga pernah kata,tiap perbuatan ada balasannya. Selagi kita berhambakan Allah untuk hidup, dan bukan berhambakan hidup untuk Allah, kita pasti akan menemui kebahagiaan. Entah dunia atau akhirat…” Matang bicara Johan.


Jatuh jua air mata Faridah, bersyukur memiliki anak seperti Johan. Saat dia hampir rebah, dia punya anak yang memapah. Wajarkah dia berputus asa pada rahmat-Nya?


“Alhamdulillah…terima kasih sedarkan mama, Jo. Kita sama-sama berdoa, semoga adik kamu tabah dan mendapat hidayah-Nya.” Johan tersenyum sambil memegang erat tangan ibunya.


Jam hampir menunjukkan jam 8.20 malam. Bising. Satu-persatu buku dari rak yang tersusun kemas dibiarkan berselerak diatas lantai. Apa sahaja objek dihadapan mata Mia seakan tidak kena pada tempatnya. Pasu bunga yang dibiarkan jatuh dan pecah dihadapannya seakan menghiburkan hati. Lantas jari-jemarinya bermain dengan serpihan kaca yang berterabur di sekitar permukaan lantai. Tiada perkataan ‘luka’ yang wujud pada deria rasa saat Mia menyentuh serpihan-serpihan kaca oleh jemarinya. Baginya tidak ada gunanya lagi dia menghargai jasad yang sudah menjadi mangsa nafsu hamba dunia. Kotor! Jijik!


“Astaghfirullah..Mia!” Faridah berlari mendapatkan Mia. Johan pantas menarik tangan adiknya yang sudah dibasahi darah kerana luka dari serpihan kaca yang disentuhnya.

“Mia! Kau sedar tak apa yang kau buat ni?!!”


“Johan, janganlah marah adik kamu..dia masih tak stabil,” ujar Faridah sambil berusaha menghentikan pendarahan dari kedua tapak tangan anaknya.


“Mia dah melampau ma! Kita berusaha untuk kembalikan semangatnya..kita berdoa untuk dia tapi dia pula berusaha membunuh diri! Apa yang kau nak Mia? Kau nak biarkan lelaki tu rampas kesucian hati kau pula? Jangan pernah salahkan takdir Mia..Jangan pernah kesalkan hidup. Kau tak sedar ke berapa ramai lagi mangsa rogol diluar sana yang tak berpeluang meneruskan hidup macam kau? Jangan biarkan kebodohan lelaki tu pun buat kau bodoh!” Damia terdiam walau air matanya terus membasahi pipi gebunya.


Faridah hanya mampu diam, membiarkan Johan meneruskan kata-katanya dengan harapan dapat menyedarkan Damia.


“Berapa ramai lagi yang diuji diluar sana, sampai cacat pendengaran, buta pandangan tapi masih ada keinginan meneruskan hidup! Masih menghargai nyawa yang dianugerahi Allah. Abang tak kata dugaan kau tak sehebat mereka, tapi abang nak kau sedar Mia, betapa hebat pun ujian dan dugaan yang kita terima semuanya berpaksikan kembali pada Allah. Mengingati Allah.” Johan tunduk menyelindungkan wajahnya yang dibasahi airmata.


Bukan niatnya untuk memburukkan Damia, tidak terdetik sedikitpun niat untuk melemparkan semua kesilapan di bahu Damia. Hati kecilnya turut tercalar dengan peristiwa yang menimpa adiknya. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya yang mengakui tidak menjaga Damia sebaiknya. Andai sahaja dia tahu akan berlaku sesuatu, pasti Johan sanggup membatalkan niatnya untuk pergi mesyuarat. Aku tak patut biarkan Damia balik bersendirian!

“Maafkan Mia..mama, abang Johan..”

“Mia tak pernah salah dengan mama, sayang.” Faridah menyeka airmata Damia.


“Mia..jasad ni milik Allah. Apa yang berlaku semua ada hikmah. Abang minta maaf tak lindungi Mia sebaiknya..”

Keluarga mereka bersatu dalam pelukan, bersatu dalam tangisan. Berdoa semoga ada sinar harapan yang cerah untuk mereka, semoga titik-titik luka tidak akan memutuskan ikatan silaturrahim yang sekian lama terbina. Semoga harapan itulah yang menghidupkan kembali keyakinan pada Mia. Semoga ada kesabaran yang subur pada jiwa Damia.

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

************


10 Ramadhan..


Setahun berlalu. Hari ini Mia akanberdepan dengan peperiksaan akhir sem. Awal subuh tadi dia terdengar Mia membaca al-Mathurat sebagai permulaan hari yang baik untuk Mia menghadapi peperiksaannya. Hatinya semakin tenang saat melihat senyuman yang sentiasa terukir di wajah Damia.

“Mama doakan Mia dapat jawab yang terbaik nanti. Jangan lupa, sebelum jawab soalan…”


“Hadiahkan Al-fatihah buat diri sendiri, pemeriksa dan saudara kita..serta  selawat untuk  nabi,” pintas Mia menyambung pesanan ibunya yang meresap diruang fikirannya.


“Pandai pun anak mama ni. Johan pun hati-hati memandu tu..jangan nak cepat sampai je.”

“Baik ma..InsyaAllah..” jawab Johan perlahan.


"Beruntung Mia dapat  jawab exam dalam bulan ramadhan ni. InsyaAllah dapat keberkatan, sambil berjihad dengan nafsu, berjihad pula dengan ilmu.” Tambah mama terus memberikan semangat buat Damia.


“InsyaAllah, betul tu Mia..untung Mia tau. Asalkan niat betul, Allah pasti memelihara,” sambung Johan sambil bersalam dengan ibunya dan diikuti Mia.


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfaal : 2)


**********


'Banyak lagi persoalan yang belum terjawab. Masih ada masa untuk Haris memikirkan kembali keputusannya. Aku keliru. Benarkah dia benar-benar cintakan aku? Kenapa dia tidak mempersoalkan sedikitpun tentang kisah lalu aku? Maisarah menemaniku menemui Haris. Abang Johan dan mama pun tidak tahu pertemuan yang ku rancang dua hari sebelum tarikh pernikahan. Sepanjang menunggu kedatangan Haris, hati yang menanti penuh debaran diisi zikrullah. Semoga Allah memberi  kekuatan dan ketenangan buatku. Maisarah tidak putus-putus memberikan nasihat agar aku mengawal emosi bertemu dengan lelaki yang belum lagi mempunyai ikatan sah denganku. Malah,ini adalah kali pertama aku akan bertemu dengan seorang lelaki yang membicarakan soal perasaan, soal diri masing-masing.'

“Haris dah datang.” Bisikan Maisarah seperti menusuk ke ruang hati.


“Assalamualaikum..” sapa Haris dan terus duduk berhadapan Damia. Mereka tidak tahu, Haris juga pertama kali duduk semeja dengan perempuan yang pertama menyentuh naluri lelakinya, Damia. Malah tidak terfikir pun, gadis muda berusia 21 tahun dihadapannya akan menjadi permaisuri hatinya, dunia akhirat. InsyaAllah..


“Waalaikumussalam..” jawab Damia dan Maisarah serentak. Setelah itu, diam merajai suasana tatkala masing-masing menunggu pihak mana yang akan bersuara. Damia tunggu Haris. Haris pula menunggu Damia. Maisarah? Akhirnya Maisarah juga yang memulakan perbualan setelah minuman yang dipesan telah tiba.

“Awak..awak masih ada masa nak ubah fikiran, Ris,” ujar Maisarah.

‘Thanks Mai! Tapi bukan aku ke sepatutnya cakap dialog tu?’ getus hati kecil Damia.


“Nak ubah fikiran? Kenapa Damia? Awak tak setuju ke?” soal Haris, bingung sambil merenung Damia, mengharapkan jawapan.

“Bukan tak setuju..tapi,tapi..saya tak seperti perempuan lain. Awak kena faham tu”


“Ya. Saya faham Mia, awak tak sama dengan perempuan di luar sana. Awak gadis tabah yang tetap teguh di jalan Allah walaupun Dia sentiasa menguji awak.”

“Tapi..”


“Damia, dengar sini. Bukan kecantikan jasad awak yang membangkitkan rasa cinta saya pada awak, kerana bagi saya semua wanita ciptaan Allah dicipta dengan kecantikan tersendiri. Tapi kecantikan hati dan keperibadian awak yang mengagumkan saya. Kerana tak semua wanita mampu bangun dan terus berpegang teguh pada takdir-Nya setelah rebah dengan dugaan atau musibah. Saya cintakan awak bukan untuk dunia je, tapi akhirat. Serahkan laluan cinta pada Allah, bukan saya semata..InsyaAllah. Awak akan lebih tenang..”


Terdiam. Bibir seakan terkunci rapat untuk bersuara. Lidah seakan kelu untuk berbicara. Hanya satu yang ku tekadkan dalam hati. Aku redha atas ketentuan-Nya. Hanya dia yang tahu apa yang terbaik.


**********
Skrin komputer riba ditatap lama. Puisi itu benar-benar menyentuh jiwanya. Blog ‘An-Nisaa’ yang menjadi tatapan Haris kini menarik perhatian. Penuh dengan puisi keagamaan. Siapakah yang diilhami Allah SWT untuk menulis puisi yang begitu indah pada iman. Semoga setiap pembacanya mendapat manfaat dan menghayati tiap bait-bait ayat yang begitu menggegarkan jiwa khalifah. Walau siapa pun penulisnya, semoga Allah merahmatinya.

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!
Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!
Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!
Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..
Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..
Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

Puisi ‘Aku jatuh cinta’ dibacanya berulangkali. Sesekali airmata yang jatuh disekanya segera. Bibirnya meniti istighfar. Puisi itu seakan merasuk kamar emosinya. Menerjah diruang fikirannya. Lantas jasadnya bangun menyucikan diri dengan wudhu. Tenang. Jiwanya dibalut ketenangan usai sahaja solat tahajudnya tengah malam itu. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..zikir berlagu pada bibir, jiwa dan meresap di hati.
                 
**************
               
“Terima kasih kak Mia, selama ni akak dah banyak bagi dorongan dan nasihat pada Alia, kalau tak..entahlah apa yang akan jadi.”
Wajah Alia ditatap lama. Bukan kerana simpati yang membakar semangatnya untuk membantu Alia, tetapi gadis belasan tahun yang baru memasuki pusat perlindungan Anisa itu benar-benar menyentuh naluri wanitanya. Alia menjadi mangsa rogol manusia tak berperikemanusiaan. Kejam. Satu-satunya ayat yang layak menggambarkan derita gadis ini. Mujur Allah memberi rahmat dan petunjuk pada hambanya yang lemah. Biar jasad ditindas, tapi iman sedikitpun tidak akan tercalar.
“Syukur pada ALLAH SWT, hanya dia yang memberi sinar pada jiwa kita. Kakak cuma jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim, Lia.”
“Semalam cikgu Haris beri ceramah sekejap je, tapi kali ini lebih banyak mendengar dan menghayati..tak seperti selalu.”
“Kenapa, dia cakap tentang apa?”
“Kebanyakan penghuni yang ada disini lemas kerana cinta nafsu, ditindas kerana cinta dunia..Tapi semalam, bila cikgu Haris berikan puisi ni..kita sebagai wanita semua hanya terdiam. Dalam diam, semuanya ingin berubah dan bersihkan niat dalam hati, kak.” Sayu ucapan Alia sambil tangan kanannya lantas menghulur kertas putih yang berada digenggamannya tadi.
Mata membaca setiap bait ayat, menerjah ruang minda dan mencari sudut jiwa. Lantas bibir menguntum senyuman.

“Kenapa akak senyum semacam je, akak pernah baca puisi ni ke?” Alia bingung. “Puisi ni sangat dekat dengan akak, Lia..sentiasa rapat dihati akak..” “Puisi ni diambil dari…” “Blog An-Nisa.” Sambung Damia.
Tepat sangkaannya, getus Alia. “Kakak penulis puisi yang selama ni cikgu Haris beri pada kami?” soal Alia terus.
Namun Damia hanya memberikan senyuman sebagai jawapan. Menyembunyikan sedikit emosinya yang masih terkejut kerana suaminya menggunakan nukilan puisi dalam blognya sebagai bahan kaunseling. Tidak menyangka Haris turut menyelami curahan jiwanya dan menyampaikannya dalam corak bimbingan kaunseling.
“Cikgu Haris tak tahulah selama ni yang tulis puisi kegemarannya ialah isterinya sendiri.” Usik Alia.

“Akak pun tak sangka suami akak boleh terjah blog akak. Sebelum ni memang ada yang  minta izin copy semua karya akak melalui emel, tapi akak tak tahu yang minta izin tu suami akak sendiri,” ujarnya sedikit tergelak. Subhanallah..
Kertas yang dicetak dari laman blognya ditatap bersama Alia.
Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud  seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang  sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..
              
'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'

"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah SWT. Adanya iman..apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. InsyaAllah.” Panjang bicara Damia.
Hilang kata-kata dari Alia, mereka berdakapan. Terusik dengan kata-kata Damia. Kenapalah sebelum ini aku tidak menghargai nyawa, terlalu awal untuk menyerah dengan kehidupan? Sedangkan Allah tidak putus-putus memberi kesempatan. Air mata mengalir dipipi gebu Alia. Hatinya terlalu akrab dengan Damia.
“Kenapa akak memahami Lia? Adik dan ibu Alia sendiri tak dapat nak faham Lia..situasi Lia. Akak pun…pernah lalui masa derita macam Lia juga ke?”
Damia tersenyum, biarlah Alia mentafsirkan sendiri makna senyumannya kali ini. Alia memandang Damia dengan pandangan berkaca dan bibirnya turut menguntum senyuman walau soalannya tidak terjawab dengan lisan.
“Bukanlah masa ‘derita’ Lia..tetapi masa yang terlalu berharga. Airmata yang menangis buat Pencipta, melihat putaran kehidupan dengan mencari hikmah yang tersembunyi dari Allah, rindu untuk terus sujud mengharapkan bantuan dan menyandarkan harapan pada-Nya. Istilah ‘derita’ itu patut digantikan dengan ‘tarbiyah’..Kita belajar dan diajar melalui kehidupan, Alia. Jadi, jangan anggap ini masa derita buat Alia, belum tentu orang yang bahagia ikhlas mengingati Allah. Saat yang dianggap derita itulah kita sentiasa bertemankan doa.”
“Ya..Alhamdulillah, terima kasih kak. Kakak terlalu banyak sedarkan Alia. Alia jahil dengan dunia kak.”
“Alhamdulillah..semuanya dari Allah..” Damia tersentak.
Sejak bila suaminya berada  dihadapan mereka? Tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita yang terselak  ditiup angin menampakkan jasad Haris yang benar-benar berada dihadapan. Dengarkah dia semua bicaranya pada Alia?

Selesai berjemaah solat Asar, Haris terus mendekati isterinya. Tapi kali ini lain panggilan yang keluar dari mulutnya.
“Nampaknya hari ni biar abang yang masak untuk makan malam, khas buat isteri yang tersayang, An-Nisa” Senyuman Haris memerangkap emosinya. Tapi…
Abang sebut Nisa tu, nama madu buat Mia ke?” Damia sengaja mengusik.
“Amboi, tak payah nak sorok lagi..lepas ni abang nak bukukan karya tulisan isteri abang. Tak payahlah nak hantar emel nak minta izin kan?” Sah, Haris dengar tadi! Siap menyindir pula.
“Yelah abang, maaflah sebab berahsia dengan abang.”
“Takdelah..Alhamdulillah, abang beruntung berjumpa dengan penulis puisi kegemaran abang yang selama ni dekat dengan abang, dan dapat tahu rahsia sayang pun kat tempat kegemaran abang, kat surau rumah Anisa. Kenapalah abang tak boleh agak selama ni? Rupanya nama yang sayang beri untuk rumah perlindungan ni pun sama dengan  nama blog sayang kan?”
Rumah perlindungan untuk wanita  yang tertindas diberi nama Anisa, walaupun masih baru tetapi berjaya memberi sinar baru buat penghuni-penghuninya. Alhamdulillah,itulah harapan mereka. Itulah Jihad cinta Damia.
“Eh, kata nak masak untuk isteri tersayang, jomlah balik rumah cepat, nanti traffic jammed lambat pula.”

“Sebelum tu…nak tahu tak rahsia abang tak?” “Apa?” ucap Damia tidak sabar.
Puisi  ‘Aku jatuh cinta’ tu lah yang buat abang terus menyintai sayang kerana Allah..” bisik Haris. Bisikan yang membawa manik-manik ketenangan apalagi saat Haris menyebut nama Allah. Lantas zikrullah menghiasi kamar hatinya sambil menatap wajah suami tercintanya Haris.

Jihad cinta buat-Mu ya Rabb. Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu. Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu.



p/s :: copy from iLuvislam.com..cerpen ini menyentuh hati ain...best sngat2...

Super Junior - Shiwon