CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 April 2011

Apakah Cinta Itu Sebenarnya Untuk Kita?

Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?


Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.


Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.


Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?

Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.



28 April 2011

Chicken pox


Hye2....
dah tiga hari ain terkena penyakit ni..
tak tahulah berjangkit dengan sape..



CHICKEN POX

Pengenalan.

Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.
Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.
Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.
Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.

Simptom

Simptom-simptom selalunya bertahan selama 2 minggu dan ianya hanya muncul setelah 10-21 hari selepas pendedahan kepada penyakit ini.
Walaupun tidak merbahaya, ia boleh menjadi penyakit yang serius sekiranya sistem imuniti yang lemah contohnya di dalam bayi yang baru lahir, pesakit yang sedang dalam rawatan kemoterapi, pesakit yang mengambil steroid, wanita mengandung atau pesakit HIV/AIDS.
Simptom-simptom termasuklah :
  1. Bermula dengan demam, sakit tekak dan rasa letih.
  2. Beberapa hari kemudian disusuli pula oleh ruam dan gatal-gatal badan. Ruam selalunya bermula di bahagian kulit kepala, bawah ketiak,mulut,hidung dan kawasan pinggul.Ruam bermula dengan kawasan kemerah-merahan dengan kantung berisi air  ( blister )ditengah-tengah. Kantung air pecah dan kerak terhasil. Ruam ini tersangat mudah berjangkit dan kanak-kanak tidak dibenarkan ke sekolah sehinggalah lesion yang terakhir sudah membentuk kuping.
  3. Pesakit chicken pox  juga akan menunjukkan  batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Kanak-kanak yang dijangkiti chickenpox akan mempunyai 2 jenis lesion pada masa yang sama.

Gambar sebagaimana di bawah :

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

Rawatan chicken pox sebagaimana di bawah:
1. Rawatan pesakit yang telah terkena chicken pox hanyalah secara rawatan simptomatik sahaja.
a)  Demam : antipiretik – paracetamol samada sirap atau pun tablet.
Ditegah sama sekali memberikan salicylates seperti aspirin dan disalcid kepada kanak-kanak kerana ia boleh membawa kepada penyakit Reye’s syndrome.
Apakah penyakit Reye’s Syndrome?
Ia adalah sejenis penyakit yang melibatkan semua organ di dalam badan dan yang paling merbahanya ialah penglibatan hati dan otak. Penyakit Reye’s Syndrome ini dibahagikan kepada 2 fasa kerana ia selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus sebelumnya seperti infuenza, demam atau chicken pox. Penyakit ini tidak berjangkit dan sebab terjadinya penyakit ini tidak diketahui. Ia sentiasa disalahdiagnosiskan dengan penyakit encephalitis, meningitis, diabetes, lebih dos ubat, keracunan, sudden infant death syndrome atau penyakit psikiatrik.
b)  Gatal-gatal :
1) Losyen Calamine dua hingga empat kali sehari, atau krem hydrocortisone dua kali sehari.
2) Antihistamin seperti Chlorpheniramine maleate 2mg/5ml syrup ( piriton syrup ) dapat membantu melegakan gatal.  Dos ubat ini bergantung kepada umur pesakit sebagaimana di bawah :
Kurang daripada 1 tahun : 2.5mls dua kali sehari.
1-5 tahun : 2.5 – 5.0 mls tiga kali sehari.
6-12 tahun : 10mls tiga atau empat kali sehari.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah asthma atau porphyria, minta nasihat doktor terlebih dahulu.
3) Mandi – Kerap mandi dapat membantu mengurangkan gatal-gatal. Mandian Oatmeal atau separuh hingga satu cawan serbuk penaik yang dicampur dengan air mandian dapat membantu mengurangkan gatal.
c)  Antivirus – Acyclovir ( dapat mengurangkan tempoh pembentukan lesion baru,mengurangkan pembentukan lesion dan mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya diambil dalam masa 24-48 jam selepas terbentuknya lesion. )
1) Aciclovir -  (Acyclovir 200 mg/5 ml Suspension )
Dewasa : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
<2 tahun : 2.5 – 5mls 4 kali sehari selama 5 hari.
>2tahun : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
2) Zovirax – Acyclovir 200 mg Tablet
Dewasa : 800mg 5 kali sehari selama 7 hari.
>2 tahun : 20mg/kg setiap dos empat kali sehari ( 80mg/kg/sehari ) selama 5 hari.
Kanak-kanak lebih daripada 40kg : dos orang dewasa.
d)  Selsema – actifed (Triprolidine HCl 1.25 mg & Pseudoephedrine HCl 30 mg per 5 ml Syrup )
>12 tahun : 10 ml
6 – 12 tahun : 5 ml
2 – 5 tahun : 2.5 ml
6 bulan – < 2 tahun : 1.25 ml
Dos boleh diambil 2 atau 3 kali sehari.
( Actifed tidak boleh diambil untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan !! )
Selain daripada ubat-ubatan di atas, kanak-kanak yang terkena demam chicken pox digalakkan meminum air masak dengan lebih kerap untuk menggantikan air yang hilang dari badan akibat demam ( insensible fluid loss ).
2.Vaksin varivax – ( varicella zoster virus vaccine )
Vaksin ini sebagaimana lain-lain vaksin berfungsi dengan cara merangsang badan membina antibodi terhadap virus varicella zoster setelah suntikan protein atau virus yang dilemahkan diberi kepada pesakit.
Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak dapat merawat pesakit yang sedang dijangkiti chicken pox.
Seperti vaksin-vaksin lain juga, varivax tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada setiap orang. Akan tetapi sekiranya pesakit telah diberi suntikan pencegahan, ia dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit ini.
Vaksin ini hanya boleh digunakan untuk pesakit yang berusia lebih daripada 1 tahun. Vaksinasi untuk penyakit chicken pox ini diberikan sebanyak 2 dos. Dos pertama diberikan pada usia 12-15 bulan. Dos kedua pula diberikan apabila kanak-kanak berusia 4-6 tahun.
Sekiranya pesakit adalah berumur 13 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin ini, pesakit perlu mendapat 2 dos suntikan vaksin dengan jarak antara 2 suntikan sekurang-kurangnya 28 hari.
Anda tidak patut mengambil vaksin ini sekiranya anda :
  1. alergi pada gelatine atau neomycin.
  2. sedang dijangkiti penyakit TB.
  3. mempunyai sejarah terkena syndrome Guillain-Barre.
  4. mempunyai masalah kronik seperti lelah atau masalah pernafasan lain, kencing manis, masalah buah pinggang atau masalah sel darah seperti anemia.
  5. menghadapi masalah kelemahan system imuniti yang disebabkan oleh penyakit seperti kanser atau AIDS, ataupun menerima rawatan seperti steroid, kemoterapi ataupun radiasi.
  6. berumur kurang 18 tahun dan baru sahaja mengambil aspirin atau ubat yang dikategorikan sebagai salicylates.
  7. baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan organ.
  8. mengandung.
Elakkan daripada mengandung sekurang-kurangnya 3 bulan selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Jangan sesekali mendapatkan suntikan vaksin tanpa memberitahu doktor yang anda sedang menyusu anak.
Anda dikehendaki berjauhan daripada bayi yang baru lahir sekurang-kurangnya 6 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil suntikan seperti polio atau vaksin hidup yang dilemahkan lain sekurang-kurangnya 4 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Untuk lebih informasi tentang varivax, anda boleh layari website ini :


Diet semasa terkena chicken pox.

Pemakanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom penyakit.Antara diet yang patut diamalkan semasa terkena penyakit ini ialah:
  1. Kurangkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah-buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  2. Banyakkan meminum air kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  3. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. Pengambilan karot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  4. Jangan sesekali mengambil makanan rapu, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan pembentukan ruam.
Perhatian : Jangan sesekali mengambil ubat tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu!!


aien :: sngat2 gatal...nasib baik ada ubat...hu2....

27 April 2011

Al - Fatihah...

Salam semua...baru berkesempatan nk update blog...hihihi2...
Ye lah ain dah selamat menamatkan praktikal..Kalo dok kat umah,memang xsempat nk update pon.tpi ain try jgk update sekali-sekala...hi2...lgipon sudah 3 hari ain ditimpa penyakit yg tak diduga...kalo nk tahu nati ain update semula yek....
Sebenarnya ain nk update satu kisah yg begitu menyentuh hati ain smpai sekarang...
23 APRIL 2011
Pagi2 lagi ain bgun terus bukak fb sbb semalam tak berkesempatan nk bkak...
Bila dah bkak tu,hati ain tiba-tiba tersentap..Satu post di wall fb tu begitu mengejutkan hati ain...
Sahabat ain merupakan satu kos dgn ain telah meninggal dunia...Arwah meninggal kerana asma yg dihidapinya...
Sangat2 terkejut...dan ketika membaca ayat post itu,airmata ain terus menitik...tiba2 fikiran ain terus terkenangkan muka arwah...
Walaupon ain tidak begitu rapat dgn arwah,namun ain begitu mengenalinya...
Arwah pernah menjadi roomate sahabat baik ain..dan diwaktu itu,selalu jga ain lepak bilik mereka...ketika itu kami disemester dua...kami selalu berbual mesra..selalu juga bertukar cerita korea...selalu study bersama...namun itu seketika...naik semester 3,ain tinggal dirumah sewa...
Last ain jmpa mase nk final exam semester 5..itu pon sekadar bertukar senyuman...
Memang ain tak sangka begitu cepat arwah pergi...
Ain terkenangkan keluarga arwah...
Ain tidak berkesempatan ke rumah arwah utk melawat sebab agak jauh rumah ain nk ke rumah arwah...
Cuma ain hnya dpt sedekahkan al-fatihah dan bacaan yassin....

 Al-Fatihah
- Allahyarhamah Yus Akmal -
Dalam kenangan 1990 - 2011


Ain doakan agar keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini...
Semoga roh arwah ditempatkan digolongan orang2 yg beriman...Amin...


aien :: sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah utk arwah....

20 April 2011

P.E.R.A.S.A.A.N.K.U

Hye awak...
Saya suka awak..
Tapi saya tahu awak tak suka saya...
Takpelah saya simpan je suka tu dalam hati saya...
Awak....
Awak tak tahu yang saya sayang kat awak...
Awak tak tahu yang saya suka berada disisi awak..
Dan awak tak tahu yang perasaan sebenar saya pada awak...
Takpelah saya simpan perasaan sayang saya tu diam2 dalam hati saya...


Awak...
Saya sedar saya ni tak secantik org yang berada sekeliling awak..
Saya ada banyak kekurangan..
Dan saya tak layak buat awak yang kacak lagi tampan...


Awak...
Saya hanya dapat melihat awak dari jauh je...
Saya hanya dapat mimpi "bercinta" dengan awak...


 Awak...
Belum tentu awak tahu tentang kewujudan blog saya ni..
Dan belum tentu awak tahu yang sebenarnya awaklah dalam hati saya..
Tapi saya tetap nak luahkan kat sini supaya dapat saya kongsikan perasaan saya dengan kawan2 saya yang lain...

Awak..
Saya suka awak..
Saya sayang awak..
Kalau boleh saya nak kita couple...
Tapi itu mustahil bagi awak kan sebab awak bukan suka kat saya pon..
Takpelah biar saya sorang je yang ada perasaan itu..
Saya tak mengharapkan awak dapat balasnya...
Saya doakan awak bahagia disamping org yg tersayang....





aien :: saya harap saya dapat jadi "si hodoh" dalam video klip tu....hihihihi2..

15 April 2011

GiveAway From Moscow by MiszLullaby



Hye2...
ML nak bagi hadiah khas dari MOSCOW tau...
Nak jejakkan kaki kat Moscow tak dpt kan..dpt hadiah dari MOSCOW pon boleh lah...
Ain suka blog ML sbb bnyak informasi ain dpt psal negara MOSCOW...ML pon cantik..Ain suka tgk mata dia...hihihi...
ML akan menamatkan pengajian dia tak lama lagi...tahniah ML...
So,sesiapa yg nk join bleh pegi SINI..
Senang je syarat2 nye....
Ain nak tag ::

 
aien :: harap2 ain lah pemenang yg bertuah tu yek...tak pernah lgi dpt hadiah Giveaway ni...hihihi

14 April 2011

Bruno Mars

Addict with Bruno Mars...
Semua lagu2 die best sngat2...
Jom kita layan lagu die...


Grenade..
Ain tertnya2 ape maksud grenade ni..
Ain try goggle translate ckp bom tangan..huhuhu...btol ke??...




Just the way you are...
Lagu ni mgkin bruno mars tujukan buat kekasih nya kot...
So touching kan kalo org tg istimewa nyanyi lagu ni utk kita...hihihi


Billionare...
Lagu ni sngat femes kat radio...



aien :: ada bnyak lagi tpi malas nk cari dlm youtube...ain suka lagu marry you...best jgk...

13 April 2011

You Are My Everything



You Are My Everything

The loneliness of nights alone
the search for strength to carry on
my every hope has seemed to die
my eyes had no more tears to cry
then like the sun shining up above
you surrounded me with your endless love
Coz all the things I couldn't see are now so clear to me


You are my everything
Nothing your love won't bring
My life is yours alone
The only love I've ever known
Your spirit pulls me through
When nothing else will do
Every night I pray
On bended knee
That you will always be
My everything

Now all my hopes and all my dreams
are suddenly reality
you've opened up my heart to feel
a kind of love that's truly real
a guiding light that'll never fade
there's not a thing in life that I would ever trade
for the love you give it won't let go
I hope you'll always know

You are my everything
Nothing your love won't bring
My life is yours alone
The only love I've ever known
Your spirit pulls me through
When nothing else will do
Every night I pray
On bended knee
That you will always be
My everything

You're the breath of life in me
the only one that sets me free
and you have made my soul complete
for all time (for all time)

You are my everything (you are my everything)
Nothing your love won't bring (nothing your love won't bring)
My life is yours alone (alone)
The only love I've ever known
Your spirit pulls me through (your spirit pulls me through)
When nothing else will do (when nothing else will do)
Every night I pray (I pray)
On bended knee (on my knee)
That you will always be
be my everything

chorus repeats

[almost spoken:] Every night I pray
down on bended knee
that you will always be
my everything
oh my everything 


best sangat2 lagu ni...

liriknya sangat menyentuh jiwa...hayatilah setiap bait2 nya...nescaya anda akan menitiskan air mata..hihihi 



aien :: tiap2 hari dengar lagu ni...

11 April 2011

Tentang Diri Ini....


(gambar hiasan semata2)

Hye....entri kali ni ain rase mcm nk cite psl diri ain sendiri...

Ain lahir kat Hospital Bentong, Pahang...Dalam umur setahun lebih tu,ain fly ke Sarawak dan menetap kat sana dalam 2 tahun.. Lepas tu, ain balik ke semenanjung dan kemudian tinggal di Negeri Sembilan...
Kat N9 tu,ain masuk Tadika Abdul Rahman kat Senawang...Ain suka sngat mase zaman tadika sebab selalu dpt cuti...hihihi...ramai kawan...dpt main2...
Kemudian darjah satu di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar...pergi sekolah naik landrover(trak kecik) askar.mase tu ain sekolah pagi.
Masuk darjah dua,ain kena tukar sekolah sebab sekolah tu dah penuh..Ain dpt Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar(SKTTJ)...ain kena sekolah petang sbb mase tu SKTTJ tak siap lagi,so terpaksa menumpang sekolah asal...Best sngat2 sekolah ptg sebab tak yah bangun pagi...hihii...kwn2 pon baik...tapi sekejap je habis darjah tiga,ain terpaksa berpindah bukan setakat sekolah tapi rumah dan negeri.Ayah ain buat keputusan untuk menetap terus kat Kelantan, tempat kelahirannya.Kebetulan mase tu ayah ain dah selamat bersara dari pekerjaannya iaitu Askar....

Start darjah empat sampai sekarang,ain tinggal di Kelantan..Banyak suka dan duka ada di bumi Kelantan ini..
Darjah empat sampai enam kat Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa..
Tingkatan satu sampai lima kat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa..
Diploma pon kat Uitm Machang je...(huhuhu)...
Dan ain harap dapat sambung degree kat luar kelantan pulak...puas dah menetap kat sini.nak juga merasa dunia luar...hihihi....

Ekceli..ain nk cite someone ni...ain ada cerita kat satu entri ni yg pasal 3 jejaka yg pernah bertakhta di hati ini (cewahh...abaikan ayat ni)...hihihihi..tapi ain nk cite sorang je dulu...dua org lagi tu ain ada cite tpi mgkin ada yg tak perasan...huhuhu...

Ain gelarkan jejaka ni Mr Y...
First time jumpa die masa ain tingkatan 2 (thn 2004)..die plk tingkatan 4..
Masa tu waktu pagi..Ain siap2 nak pegi sekolah...Tiba2 die lalu kat tepi umah ain.Ain pon terlihatlah Mr Y ni dan terlintas dalam hati ain ni "Wow..hensemnya budak ni..Sapekah gerangan empunya badan yek" (lebih kurang mcm tu lah yek)..Ain perhatikan die jalan dan zappp...die berhenti kat umah jiran ain (umah jiran ain tu depan umah ain je)...Ain pon pergi lah sekolah dgn dlm otak ni penuh tanda tanya....
Pagi2 selalunya akan ada perhimpunan..So,sekali lagi terserempak lah ngan Mr Y ni..Ain pon ckp lah kat sorg kwn ain ni..antara perbualan yg ain ingat2 lupa...


Ain :: Nini (bkn nama sebenar),kenal tak bdk yg berjalan depan kita ni (smbil menunjuk Mr Y)...
Nini :: Kenal lah...bdk ni stu kelas dgn sepupu sy..dia pernah dtg umah aritu...
Ain :: oh yeke...(dlm hati dah berbunga2)..nama gapo yek???..
Nini :: Mr Y..tapi die jenis pemalu...Kenapa tanya??..
Ain :: Saje je...berminat nk tahu...(hihihi)....

Balik petang tu,terus ain pegi interview jiran ain tu...nak selidik sikit psal bdk ni...nasib baik jiran ain tu jenis suka bercerita...banyak juga infomasi ain dpt...
Starting dari tu,setiap pagi wajib ain tggu die lalu tepi umah dulu sbb die akan pegi sekolah ngan jiran ain tu, barulah ain pegi sekolah..hihihi...
Kwn2 ain pon baik hati nk tlg ain..diorg tlg usha bdk tu kat ain...terharu sekejap...hihih...
dan ada satu benda yg ain rase paling 'bodoh' pernah ain buat iaitu ain kirim surat kat Mr Y ' ni..mase tu memang tak tahu 'malu' lgi..ain tulis surat,lepas tamat persekolahan ain senyap2 masuk kelas die and then letak bawah meja...so childish mase tu...huhuhu...ada lebih kurang 4 atau 5 surat ain hntar tapi 2 je die bls...Lepas tu ain ase mcm dia tak layan je,terus ain stop hantar surat...
Tapi yg lagi buat ain malu sangat2, satu kelas tahu yg ain suka kat Mr Y..setiap kali lalu depan kelas die,mesti kwn2 die gelarkan ain...malu sngat2..tapi ain wat tak tahu je...huhuhu...
Naik tingkatan 3,ain still ada simpan harapan agar die sudi berkenalan ngan ain.tapi sia2 je..die salah anggap ain nk ajak die 'couple'..org nk wat kwn je pon..bkn nk wat ape2 pon..tapi alasan die yg die nk fokus study.taknak fikir benda lain...=(...Ain terima kputusan dia..dan ain hanya pendam je perasaan ain sampai ain tingkatan lima..kwn2 ain marah kat ain sbb ain msih tggu Mr Y...tapi nak wat mcmne..ain tak boleh lupa kan die langsung...huhuhu..tragis kan...
Tapi bila ain masuk zaman universiti,ain dah mula sedar dan terima hakikat yg mgkin kami tiada jodoh.alhamdulillah..mungkin juga ain ni tak sesuai utk mnjadi sahabat die...huhuhu..dan mugkin dia ditakdirkan bukan utk ain...hihihi..

Sebenarnya,Mr Y ni tinggal dekat umah ain je..Keluarga ain pon kenal dgn die...Mak ada jgk cite kebaikan die kat ain...dan ain akui die seorang yg beriman...maksud ain,kalo ada ape2 majlis agama kat kawasan umah ain,mesti die ada...kdng2 tu die selalu sembahyang kat surau tepi umah ain tu...
Cuma sekarang ain masih tak tahu ape perasaan sebenar ain terhadap die..
setiap kali terserempak dgn die,jantung ain mesti berdebar2...hati ain berbunga2 melihat die..dan pernah juga smpai termimpi2..hihihi..terukkan...




Panjang lebar plk ain bercerita..mesti ada yg boringkan..hihi...itu lah kisahnya...mgkin ada yg anggap itu hnyalah cinta monyet..tapi..ntahlah...hihihi..

Ain doakan die berjaya dlm hidup dan mendapat kebahagian yg sewajar nya....sekian...daa...




aien :: ain tak pndai nk bercerita panjang...harap ada yg faham....hihihihi...

10 April 2011

~ Special To My Bestfriend ~


Ini adalah sahabat baik ain a.k.a my the best friend in the world NOR AMIRAH BORAHAN a.k.a Cik Mia.
Kami dah bersama hampir 7 tahun...First jumpa masa form 1..
Kami banyak berkongsi suka dan duka bersama...
Kami juga mempunyai banyak persamaan...
Antaranya...
Kami fanatik hal2 berkaitan dgn korean...seperti kshow,k-pop...
Kami adalah kaki 'shopping'...kalau satu hari shopping memang xcukup..hihihi...
Kami bercita2 dan mempunyai impian utk melancong ke Korea satu hari nanti...
Kami juga berharap dapat degree ditempat yg sama nanti ni....
Dan bila ada event ape2,kalau salah sorg xpegi mesti dua2 xpegi...hihihi...
Kami dah ibarat adik-beradik 'kembar'...hihihi....

Kalau ain sedih,dialah tempat ain luahkan perasaan..
Kalau ain hepi,dialah tempat ain kongsi kegembiraan...
Kalau ain stress atau perlukan sokongan,dialah yang menjadi penasihat ain...
Kalau ain boring,dialah tempat ain berhibur....
Kalau ain marahkan someone,dialah yang tenteramkan ain....

Dan dikesempatan ni special wish utk Cik Mia...

Cik Mia...terima kasih banyak2 sebab sudi jadi sahabat i...
Terima kasih atas segala2 nya..terlalu bnyak benda yg dah u berikan kat i...i hargainya...
Antara ramai2 sahabat kita,hanya u je yg smpai sekarang berada di sisi i bila i perlukan seorang sahabat...
i faham mereka semua dah ada kehidupan sendiri dan mereka busy dgn kerja2 mereka..namun hanya u je yg memahami keadaan sebenar...
i harap persahabatan kita akan kekal buat selama2 nya...
dan i harap juga tiada ape yg dpt memisahkan kita melainkan ia sudah ditentukan oleh ALLAH...amin...
i nak mintak maaf bnyak2 seandainya selama ni i ada menyusahkan u dgn masalah2 i yg menimbun..hihihi...dan sekiranya ada perangai i yg menyakitkan hati u harap dimaafkan juga yek...
Cik Mia..walaupon i xpernah cakap kat u tapi dengan entri ini cukup utk i mengatakan yg i sangat2 sayang kat u...hihihi...

Dan ada special sajak buat u....(bukan i cipta tapi i copy je)..hihii...



             - Sajak Buat Sahabat Seperjuangan -

                Ingatlah sahabat…
        Bunga itu menguntum indah,
        Menyeri dan mekar memerah,
        Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
        Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
        Serpih demi serpih ia punah,
        Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

        Sahabatku…
        Engkau bukan layu seperti bunga,
        Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
        Lambang bunga lambang sementara cuma,
        Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
        Daerah kita bukan daerah cinta,
        Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
        Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
        Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

        Sahabatku..
        Disini uda dan dara telah berkubur,
        Kita bina atasnya jihad yang subur.

        Ingatlah sahabat…
        Bumi kita bumi yang payah,
        Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
        Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
        Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
        Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
        Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

        Sahabatku…
        Semalam telah layu sekuntum bunga,
        Telah gugur dari jambangannya,
        Tetapi itu bukan perjuangan kita,
        Bukanlah itu sebagai lambangnya,
        Mulut telah kaku untuk bertanya,
        Hati malu untuk memikirkannya,
        Tidak seperti dahulunya,
        Kita kuat berhujah dan bersuara.

        Ingatlah sahabatku..
        Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
        Yang merindukan dan memburu syahid,
        Maaf kiranya tuturku yang pahit.

        Senyumlah sahabat..
        Senyumlah dan serilah wajah,
        Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
        Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
        Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
        Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

        jadilah sahabat yang baik…
        Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
        Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

        Binalah nilai seorg sahabat yg baik..moga terus istoqamah dalam perjuangan.

Cik Mia & Aien



aien :: baru perasan yang gambar kta berdua sikit...hihihi...xpe nati kita ambik gmbar bnyak2 yek....hihihii

07 April 2011

❤●•٠·˙ RIJAL IDAMANKU..˙·٠•●❤




Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...

 Biarlah dia seorang yang buta…Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara  dari memandang aurat wanita ajnabi…Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu...Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

 Biarlah dia seorang yang bakhil...Bakhil dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya,Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah lagi bermanfaat,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi kesengsaraan hidup,Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!



Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…




 aien :: share dari Chenta Iman

·٠•●❤ ISTIQARAH CHENTAKU ❤●•٠·




Bismillahirrahmanirrahim..
Diatas Sejadah cintaku malam ini,
aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahasia mu Ya ALLAH atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku,
istikharah mencari jawapan tuk menggapai redhaMu..

dalam doa kubersimpuh pasrah,
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah..

bila jawapan itu masih tergantung di dada langit,
maka turunkanlah..
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,
maka keluarkanlah,
bila jawapan itu sulit untuk kuraih,
maka mudahkanlah,
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah..




Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam,dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
aku di sini, bersimpuh tuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilih kan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,
hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman,
memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga..


 

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba,
jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,
terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah,
maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,
maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh..
ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat,
jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. 

Hanya padaMu saja tempat ku memohon petunjuk..
Berikanlah apa yang terbaik untukku di dunia dan akhirat,
Dan berikanlah hambaMu ini KEBAHAGIAAN yang Berpanjangan..
Amin ya Rahman..Amin ya Rahim..Amin ya Rabbal Alamin..





aien :: share dari Chenta Iman

Super Junior - Shiwon