CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 December 2010

Selamat Tahun Baru 2011



Pertama sekali ain nk ucapkan Selamat Tahun Baru buat blogger sekalian...
Sempena tahun baru ini ain nak bagi sedikit ucapan untuk tahun 2011 :
  •  Mempunyai azam yang baru..
  •  Mendapat kawan baru..
  •  Personaliti baru..
  •  Kehidupan baru..
  •  Sentiasa ceria...
  •  No more tears...
  •  Ingin menjadi lebih tabah mengharungi liku2 kehidupan...

Azam baru ain ::
  • Semoga Latihan Industri ain akan berjalan dengan lancar..
  • Mendapat diploma pertama dan dapat konvo dengan kawan2 seperjuangan..
  • Nak apply degree dan harap2 dpt degree yg sesuai...
  • Bila study degree nati, ain nak dapat result yang gempak dan kalau boleh dekan setiap semester...
  • Tak nak terlibat dalam perkara2 yg membabitkan perasaan..
  • Fokus utama adalah study..
  • Nak buat mak dan abah bangga dgn ain...

That's all...
Harap azam ain ni tercapai..Insya-Allah...



p/s :: apa azam terbaru kamu semua??...Kalau berkesempatan share dengan ain yek..daa...jmpa next entri..daa


Bila Hidayah Menyapaku





Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.


5 tahun lepas..

"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
"Cakaplah sayang, apa dia?"
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"
Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...





"Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"
"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?"
" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika itu dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!"
" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!" Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.
Dia berasa dunianya gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat." Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.
Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'



Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi" (Hadis)
"Adlina, akak nak tanya ni....,'
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?
"Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.
'Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus–putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.
'Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun ya.'






Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang, namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
'Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi, dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu? bisik hatinya.
'Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.
' Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya Rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( Taubah: 24)
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!
'Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:
" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
'Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.
'Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.'
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu.....

30 December 2010

Kerak Nasi Untuk Ibu



Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..
"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."



p/s :: sayangilah ibu anda...kasih ibu membawa ke syurga...luv u mak..muahh...

25 December 2010

~~ My Future Handphone ~~

arghh.....ain dah jatuh cinta kat handset nie....ini akibat nya tgk cite korea...
handset dlm cite korea tu berbagai jenis dan berwarna-warni....
Dalam cite PLayfull Kiss,hero dan heroin guna handset ni..
Ain nak sangat2...Harap2 dpt lar yek...hihihih
agak2 nya kat Malaysia ada jual tak handset nie???...
lau ada confirm ain beli....CONFIRM!!!..
LG LOLLIPOP..wait for me yer....huhuhuh...






















p/s :: lau sesiapa tahu handset ni ada jual kat mane2 bagitahu ain yek..ain nk beli...=)

23 December 2010

~~ Keluarga Saya ~~

Hye2..i'm back..hihihi...setelah lama menyepi,ain kembali lgi...
Kat bumi kelantan sekarang ni dilanda hujan sangat lebat..Ini menyebabkan line celcom semakin slow....
Hari ini baru dapat berblog semula walaupon line agak slow....
Okey..entri kali ini ain ingin bercerita tentang ahli keluarga ain..Merekalah nyawa ain dan dunia ain..Tanpa mereka,tak bermaknalah utk ain hidup di dunia ini.....


First :: My Daddy a.k.a ABAH & My Mummy a.k.a MAK


  Abah seorang pesara tentera...dia sangat menepati masa dan mudah gelabah dalam membuat sesuatu perkara...Dengan anak-anak tak pernah garang..Kadang-kadang tu abah satu kepala ngan kami..hihihi...luv u abah....

Mak pula suri rumah sepenuh masa...Pandai menjahit...Hobi mak suka mengumpul barang2 seperti tupperware,barang dapur,tuala dan lain2 lagi...Seorang yg sangat2 garang dan tegas dalam sesuatu perkara.Pantang lau dengar anak2 dia ni buat benda yg dia tak suka..oleh sbb tu anak2 dia ni buat senyap2...hihihihi..Ketegasan mak tu dalah untuk masa depan kami jugak...luv u mak...

Perangai mak ngan abah ni sangat sepadan..Kenapa ain cakap macam tu..Sebab Abah ain seorang pendiam dan Mak pulak bnyak cakap..Jadi kalau Mak bebel,abah just dengar je...Dan rumah kami pula riuh-rendah dengan gelagat mereka..hihihi..Mak..Abah..pp doakan mak ngan abah dipanjangkan umur dan murah rezeki..


My Oldest Sister a.k.a Kak Long @ Kak Zila



K.Zila ni seorang yang pendiam jugak...Kerja2 kat rumah semua dia yg buat...Seorang yg tabah..Tak pernah merungut dan sabar dalam menempuh dugaan...Agak rapat dengan ain sbb lepas habis degree,dia terus dok kat umah sampai sekarang (lebih kurang 8 thn gak )...Kak Zila..Walaupon wajah k.zila sentiasa tenang namun pp tahu k.zila menderita...Sabarlah...mgkin ada hikmah disebalik semua ni..pp hnya mampu berdoa dan tuhan yg menentukan...Semoga k.zila bahagia didunia dan di-Akhirat kelak...luv u Kak Zila...



My Second Sister a.k.a Kak Ngah @ Kak Nana


Ni kak ain yg kedua..Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak..Seorang yg sangat peramah dan terlalu peramah..hihii...sbb tu dia ada ramai kawan..Walaupon keje sebagai pembantu pra tapi tugas dia kalah dari seorang cikgu...Satu kepala ngan Mak.Kadang2 tu ain ingat dia boleh ganti mak...Suka bagi arahan dan suka sangat bergosip...Lau nak tahu cerita2 yg panas tnya je dia..hihihi..luv u Kak Nana...


My Third Sister a.k.a Kak Chik a.k.a Naniey


 Ni kak ain yg ketiga..Seorang Nurse yg kini bertugas di Hospital Kuala Lumpur..baru shaja melangsungkan pertunangan dgn sorag askar...Seorang yg panas baran dan degil..mudah terasa dan selalu merajuk..hihihi...tapi dia harapan mak..Satu kepala dgn ain..itu yg ain suka..hihi..walauape2 pon kau tetap dihatiku...luv u nani...


My Last Sister a.k.a Kak Lang @ Iera


Ni kak ain yg last sekali...Bakal cikgu yek...dia juga merupakan anak kesayangan mak..sebab apa ain cakap mcm tu..sebab dalam adik-beradik kami,dia lah paling pandai..dialah yg first masuk asrama penuh (dari form 1 smpai form 5)...dapat result UPSR,PMR dan SPM yg gempak..dialah first masuk matrik...dan sekarang dialah first jadi cikgu...harapan mak tu..kami yg lain xdpt bgi apa yg mak nak...dan kalau mak membebel atau marah,kami semua wajib akan kena sekali kecuali ira...tak pernah pon mak bebel pasal ira.lagi satu kalau ira mintak apa2 barang atau something,terus mak bagi tau.tak pernah mak tak bagi..itulah kelebihan anak kesayangan mak...adakah ain jelaous???...sedikit je tapi sekarang tak kisah...hihihi..sbb kak zila dan nani selalu memahami ain...hihihi..walauape2 pon ore bangga ngan kau sebab kau dapat tunaikan harapan dan hasrat mak...kau tetap kak yg the best..luv u ira..


Lastly is me a.k.a pipi @ cik su


Ada bnyak nama pnggilan tau...kalau kat umah dipanggil pipi or p..kawan2 plk pnggil ain..tpi i suka org panggil fifi sbb ase sweet sngat2..hihihi..anak bongsu dalam keluarga ini..tapi ain ni TAK MANJA tau...jgn ingat semua anak bongsu ni manja...ada juga yg jenis sederhana macam ain..hihihi..ain lebih suka gelarkan ain ini berdikari..sbb ape ain cakap mcm tu..sebab ain suka buat semua benda sendiri dan kalau boleh taknak menyusahkan ramai orang..tak pernah nk meminta2 sebab takot tak dapat especially mintak kat mak..hihihi..tapi ain rapat ngan abah..dulu2 kakak2 ain ini dengki kat ain sbb abah selalu ikut kehendak ain..lau ain cakap ain nk makan sate,confirm abah beli...tapi lau kak ain yg mintak,tak pernah dapat..hihihi..ain ni sorang yg perahsia sngt2 especially kat mak...maaf yek mak...hihihi..




inilah serba sedikit cerita tentang keluarga ain..nati lau ada masa, ain akan sambung semula..bnyk kisah2 yg tersimpan dalam sanubari..pelbagai kerenah dan ragam dalam keluarga ain ini..namun mereka tetap dihati ain...see you next entri..daa..

Pemuda dan Professor

Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.
Mereka bersembang.

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

"Saya buta huruf tuan. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.

Pemuda mendiamkan diri.

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.

Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.


Cerita ini cukup bermakna. Ringkas tapi padat.
Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara. Maksudnya, seorang doktor adalah orang yang paling pintar di hospital tetapi mereka bukanlah hero jika mereka bertugas di kilang Maggi. Malah fungsi mereka sangat terhad. Pastinya tidak mampu hendak dibuat ujian darah ke atas maggi seandainya didapati maggi berkenaan sakit(rosak).

Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak. Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.

Akhir kata, mutiara kata untuk hari ini : Cantiknya pelangi adalah kerana warnanya yang pelbagai.


p/s :: renung2 kan dan selamat beramal..
            next entri ain akan ceritakan pasal famili ain yek...daa

15 December 2010

Tempat Percutian pilihan saya

Jeju Island


Seoul City


Japan


Hong Kong DisneyLand




p/s :: bilalah dpt pi yek....

MIMPI.......

Dalam hitam kelap malam
kuberdiri melawan sepi
di sini di pantai ini
telah terkubur sejuta kenangan
dihempas keras gelombang
dan tertimbun batu karang
yang tak kan mungkin dapat terulang

Wajah putih pusat pasi
tergores luka di hati
matamu membuka kisah
kasih asmara yang telah ternoda
hapuskan semua khayalan
lenyapkan satu harapan
kemana lagi harus mencari

Kau sandarkan sejenak beban diri
kau taburkan benih kasih
hanyalah emosi

Melambung jauh terbang tinggi
bersama mimpi
terlelap dalam lautan emosi
setelah aku sadar diri
kau tlah jauh pergi
tinggalkan mimpi yang tiada bertepi

Kini hanya rasa rindu
merasuk di dada
serasa sumpah melayang pergi
terbawa arus kasih membara

p/s :: lagu atas bertajuk mimpi dinyanyikan oleh Anggun....


Entri kali ini ain nk ceritakan pasal mimpi...3 hari lepas ain ada mimpi kat seseorang yg agak lama ain tak jumpa...
sweet + indah + best dan lain2 lagi mimpi tu tau...
kadang2 ain ase mcm real...
tapi itu hnya mimpi...
mainan tido shj...
namun sampai sekarang ain masih ingat lagi mimpi itu...
dan semalam ain mimpi lagi psl org yg sama tpi suasana yg lain...
apakah petanda nya...
hihihi..ain taknak harapkan apa2...
biarlah takdir yg menetukan...
ain pasrah segala2....



p/s :: ain tukar layout baru..hihihi...

08 December 2010

Berperang dengan perasaan....

Kenapalah ain jadi macam nie....selalu sngat berperang dengan perasaan...tak suka2...
Sape2 ada petua untuk kurangkan dari berperang dengan perasaan ini???...boleh kongsi dengan ain yek....
Ain nk cerita something ni...Ain ada berkenalan dengan seseorang nie..a guy...
Dia ni kawan baik kepada kawan ain...dia memang baik...masa ain berkenalan dgn dia tu,dia still single...
Ain ada tnya dia taknak couple ke...dia ckp taknak couple..kalau bleh nk kahwin je terus...baguslah mcm tu..hihihi...
Disebabkan dia terlalu baik,ain pon adalah simpan sikit perasaan kat dia nie...ain memang mcm tu..mudah sngat suka kat org yg terlalu baik ngan ain...
Ain tggu lah dia luahkan perasaan dia kat ain kan..tapi tinggal harapan...huhuhu...
Sebab dia couple semula dgn makwe dia yg lama...hancur berkecai hati ain....
Dan satu sebab lagi makwe dia tu kawan ain jgak...lagilah pedih ain nie..
nak uat mcmne...takde jodoh..ain doakan dia bahagia walaupon hati ni terluka melihat kebahagian mereka tu..

Ada pesanan sikit buat Si H..
Jagalah Si A baik2 yek...jangan gaduh2...tak lama lagi kamu akan lapor diri kat P....
Jngn nakal2 tau...Setia pada yg satu....Ingat ain akan sentiasa jadi kawan kamu....
Semoga berjaya dalam hidup....



p/s :: layan hati yg pedih.....huhuhuhu



07 December 2010

Missing you....

hai...kwn2..lama tak update blog nie..
entahlah..mood tiba2 lari jew..huhuhu..
lagipun ain tgh risau sangat2...2 hari lagi result akan kuar...
brapalah agak2nya ain dapat..
Takot + berdebar2...
tiap2 hari ain doa supaya ain lulus semua subjek...tak kisah dah pointer dapat brape pon..
last sem dah ni...ain nk gradute ngan kwn2 ain..tak kena repeate...
Kawan2 nati tlg doakan utk ain yek...ishk2..mcm lari je ngan tjuk diatas..hiii2...

Sebenarnya ain rindu sngat kat someone..Someone yg special dlm hati ini...dah lama tak dngar cite pasal dia...
Ain harap dia sentiasa sihat dan bahagia dgn kehidupan dia sekarang...
Malas dah fikir pasal dia...

Okeylah..tak tahu nk ckp ape dah...kita berjumpa lagi yek..daa..


p/s :: Ya Allah..Kau tentukanlah kejayaan kami sebaik2 nya...Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi...AMIN...

Super Junior - Shiwon