Post entry kali ini lain dari yang lain..dimana ain akan ceritakan sebuah kisah benar perihal kehidupan seorang gadis...Sekadar mahu berkongsi sahaja.
..Sebuah Kisah Si Gadis....
"Si Gadis" dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana...Keluarga yang sangat bahagia.Namun terdapat jua cabaran dalam kehidupan tu..
..opss..bukan kisah keluarga 'si gadis' yang ain nak ceritakan.sebuah kisah cinta luka....
'Si Gadis' memulakan persekolahan menengah di sekolah harian biasa...Dia begitu gembira kerana dapat bertemu semula rakan2 semasa sekolah rendah...tidak perlu dia berkenalan dengan kawan2 baru kerana rata2 kawannya tu adalah kawan semasa sekolah rendah..
Si Gadis berinjak ke tingkatan 2..dimana dia mula mengenal erti minat dan cinta...first time dia jumpa si jejaka a.k.a si Y ketika dia mahu ke sekolah..Si Y ni lalu dihadapan rumah nya..pertama kali jmpa hati Si Gadis berdebar2...entah kenapa perasaan ingin tahu siapa Si Y ni...Si gadis mula siasat latar belakang Si Y..Akhir nya si gadis berjaya mencari identiti sebenar Si Y..rupa2 nya Si Y ini ada sahabat baik jiran si gadis...si gadis mula bercerita kepada kawan2 nya tentang hal Si Y..dan tanpa disangka si gadis telah melakukan satu tindakan yg agak drastik iaitu mula mengirim surat kepada si Y yg menyatakan utk berkenalan..Namun perkenalan itu ditolak mentah2 oleh Si Y..alagkah kecewa nya Si gadis..
Si Gadis mula menyimpan perasaan nya dan tetap menunggu Si Y itu utk menerima salam perkenalan nya...hari berganti hari..bulan berganti bulan...namun tetap tiada jawapan...
5 tahun Si Gadis menunggu jawapan but tiada khabar..kawan2 Si GAdis menasihat agar melupakan shaja Si Y..mungkin Si Y bukan jodoh Si Gadis dan untuk menyedapkan lagi hati Si Gadis,perasaan Si Gadis hnyalah "CINTA MONYET"...Si Gadis menerima nasihat itu dan perlahan2 menghapuskan inagatan terhadap si Y..jauh disudut hati Si Gadis,tetap tersimpan satu perasaan yg sukar utk dihakis mahupon dibuang...Si Gadis membiarkan shaja perasaan itu dan tidak langsung menghiraukan nya...
Selepas setahun..Si Gadis mendapat tawaran smbung belajar di sebuah universiti..Si Gadis mula membuat keputusan mahu mula hidup baru dan melupakan kisah silam...melupakan segala2 zaman persekolahan nya....
Suasana di universiti sungguh tenang...Si Gadis mendapat ramai kawan baru yg semuanya baik2 belaka..namun sebuah kisah lagi terjadi di zaman universiti Si Gadis ini...Kisah ini terjadi semasa Si Gadis berada semester 2..Si Gadis mula berkenalan dengan seorang lagi jejaka yg bernama Si K...Si K ini merupakan kawan sekelas Si GAdis...bermula hnya menghantar satu mesej, hubungan mesra diantara mereka mula terjalin...dikala itu Si Gadis terlalu bahagia kerana Si K seorang yang sngat penyayang...sanggup melayan karenah Si Gadis setiap hari...mereka selalu bersama2 sehingga menimbulkan tanda tanya kawan2 mereka yang lain...sikap prihatin dan penyayang Si K berjaya menawan hati Si Gadis sehingga menimbulkan bibit sayang..sehari tidak jumpa bagaikan setaun lamanya..sehari tidak bermesej maka dilengkaplah hidup Si GAdis...
Namun disangka panas hingga ke petang tapi ribut petir melanda tengah hari...hubungan mesra mereka mula dicalari dengan bangkit nya gosip2 yg kuarng menyenangkan..dimana mengatakan Si K sudah mempunyai kekasih..amat mengejutkan Si GAdis..ini kerana sudah menjadi prinsip Si Gadis untuk tidak berkawan dengan kepunyaan orang...Si Gadis meminta penjelasan SI K namun Si K tetap menafikan nya..tetapi selalu juga Si Gadis terserempak Si K keluar makan dengan 'wanita tersebut'....hubungan mesra mereka sedikit terjejas..kalau tiada angin masakan pokok bergoyang....lama kelamaan mereka mula renggang..hal ini jelas dilihat semasa semester 3..
Si K tidak lagi menghiraukan Si GAdis....malah dia sudah ada penganti yg jauh lebih cantik dari Si Gadis..ketika itu,barulah Si Gadis mengerti bahawa Si K hanya rapat kerana mgkin masa itu dia kesepian...Si Gadis mula menyedari dia tidak mempunyai rupa paras cantik yang mampu manarik perhatian Si K....
Disaat itu bermulalah episod luka Si GAdis..cinta yang baru dikecapi terkencudang di pertengahan...Cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan...berhari-hari Si GAdis menangis...meratapi cintanya itu...namun perlahan2 dia menanamkan semangat utk melupakan Si K..Si GAdis menyibuk kan diri dalam melakukan aktiviti seharian semata2 utk melupakan semua kenanga terindah itu..terdapat bnyak halangan dan rintangan terpaksa hadapi..berbelas2 gelen air mata yg tumpah ketika itu..namun semangat juang yang tingi membuahkan hasil dan dia berjaya...TETAPI disaat segala2 hampir hapus terpadam dalam kotak fikiran Si GAdis,SI K muncul kembali dengan memberi harapan baru terhadap Si Gadis....Si GAdis amat gembira dengan kemunculan itu dan bersedia menerima kembali...
BERSAMBUNG.....
03 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 sahabat baik saya: BALAS
Post a Comment
Thanks sebab sudi komen kat blog ain...
Note: Only a member of this blog may post a comment.