Sinopsis:
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?
Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….
novel ni sudah semestinya sangat best...
sngat berbaloi dgn harganya dan ketebalan itu...
dan seperti biasa,bila ain start bca novel,sudah tentu ain akan menghayati watak2 dlm novel itu dan sudah tentu bila tibe part sedih airmata ni mangalir laju secara automatik..**ngeee~~**
Novel ni best...
Ain jelous ngan Suraya tu sbb dia ada abang yg sangat menyayangi dia even dia just anak angkat..sngat manja dgn abgnya...sentiasa dilindungi dan dijaga dgn baik...**ain xde abg..**
Cinta Faizul yg sngat suci dan tulus buat Suraya sangat menyentuh hati Ain...
Faizul terpaksa bersikap dingin,pemarah dan baran terhadap Suraya hanya kerana dia tidak sanggup menyakiti hati insan yg paling dia cintai itu...
Dia sanggup tanggung derita hati nya sorg2 demi ingin menjaga hati keluarga...
Terlalu bnyak pergorbanan yg Faizul lakukan...
Ada dua perkara sngat sweet dan buat Ain terharu yg Faizul lakukan terhadap Suraya..
1) Dia ambil keputusan utk smbung stdy di oversea semata2 utk melupakan Suraya kerana ketika itu dia tidak dpt ubah perasaan sayang dia dari seorg kekasih ke seorg adik...Dan dia snggup beli banyak buku perubatan padahal dia ambil business stdy hanya untuk lebih mendekatkan dirinya dgn Suraya yg jgak ketika itu ambil bidang perubatan...
2) Setiap hari Faizul akan hadiahkan Suraya sebiji Chocolair sbb katanya setiap hari dia nak Suraya sentiasa senyum manis semanis chocolair itu...
Ain tak tahu lgi nk ckp apa...
I'm falling love with Faizul...hihihihihi...
Silalah beli di keadi2 yg berhampiran yek...
Tak rugi pon beli...hihihihi...
aien :: ain suka bca novel tebal2 sbb baru dat feel lama...lagipon ia stu kepuasan jika dpt bcanya...hihihihi....next entri nk update psl broga hill....











0 sahabat baik saya: BALAS
Post a Comment
Thanks sebab sudi komen kat blog ain...
Note: Only a member of this blog may post a comment.