CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 May 2011

Terima KAsih Ya ALLAH...




Selamat pagi semua....
Ain hepi sngat2 pagi ni..
Gembira tidak terkira....hi2...
Kenapa yer???...
hihihi...
Sebab result ain dah kuar...
Dan ain berjaya...
Berjaya menamatkan DIPLOMA SAINS KOMPUTER di Uitm Machang..
Ain dah bergelar graduan Diploma Sains Komputer...
Terasa lepas satu beban yg berat dlm hati ni...

Sempena tu ain nk wish sikit lah....

  • Terima kasih buat lecterur2 ain seperti Puan Robizah,Puan Marhainis,Encik Ridzuan,Miss Fadzilah,Miss Mazni,Miss Asma dan lain2 lagi..Jasa mereka sangat berharga buat ain...Terima kasih kerana tidak putus2 mengajar kami,sentiasa sabar dengan karenah kami yg bermacam2,sudi kongsi ilmu kpd kami...ain hadiahkan kejayaan ain ni kpd kamu semua...ain sayang kamu semua...
  • Terima kasih juga buat kawan2 ain terutama bdk2 CSD5KA..Kamu semua sentiasa berada disisi ain selama 3 tahun ini.Ain nk mintak maaf bnyak2 sbb ada perangai ain yg menyinggung perasaan kamu semua...Sepanjang 3 tahun kita bersama ni,kamu semua adalah rakan yg paling baik buat ain....

Buat keluarga ain terutama Mak dan Abah..
Pp dah berjaya menamatkan pengajian...
Pp nk mintak maaf sbb tak dpt bgi result yg gempak...
Tapi pp dah bgi kejayaan dlm menamatkan diploma pd masa yg ditetapkan..
Terima kasih mak dan abah sbb sentiasa percayakan pp...
Insya-Allah dlm degree nati pp akan buat yg terbaik...
Doakan kejayaan pp yek...

Sekarang ain just tunggu panggilan ke degree je..
Harap2 ain dpt kos yg berpatutan...hi2...
Dan tak sabar nk konvo...
Bila agak2 nya yek....



aien :: rase lega sngat2...boleh tido lena lepas ni..tak payah fikir psl stdy wat mase ni....

21 May 2011

Warkah Buat Kakak



Assalamualaikum...
Salam Mahabbah buatmu kakak.

Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya dalam menyatukan hati-hati kita.
Juga tiada mampu untuk kita memuji akan diri-Nya melebihi Dia atas jalinan ukhuwah yang telah lama dijalinkan dengan izin dari-Nya... Alhamdulillah.

Kakak...
Sudah terlalu lama adik tidak menitipkan bicara melalui coretan buatmu. Maafkan adik. Sekalipun bicara coretan tidak adik hulurkan namun kita tetap jua berhubung dan masih bisa bertanya khabar.

Kakak...
Hari ini, hati benar-benar terpanggil untuk menarikan jari jemari ini. Bersama doa agar rahmat dan lindungan Allah sentiasa bersama kita, adik mulakan sebagai persembahan pembukaan.
Sebenarnya, sudah lama juga adik berkira-kira untuk 'menyapa' (menegur) kakak, tapi dek kerana bimbangkan ada hati yang akan terguris, adik tangguhkan.

Maaf kakak! Bukanlah niat adik untuk melukakan, jauh sekali membuat kakak berkecil hati. Tapi, sebelum apa juga perasaan yang kakak rasakan, segeralah kembalikan diri kepada Allah, Insyaallah hatimu akan berasa tenang. Anugerah ketenangan itu dari Allah, dan kita sebagai hamba diberikan pula kemampuan untuk melaksanakan... Subhanallah. Indahnya kurniaan.

Kakak... Mungkin kakak sendiri telah maklum akan perubahan yang ada pada diri adik sekarang. Seorang muslimah yang terlalu menyintai Pemiliknya... dan tiap waktu merindu akan keagungan yang diciptakan-Nya. Allahu Akbar! Bukan hanya melalui kata-kata, tapi ia atas rasa percaya dan benar-benar merasa.

Kakak...
Bersama anugerah terindah yang sedang adik daki kini, bersama persalinan baru yang adik pakaikan pada diri, adik rasa begitu bahagia sekali. Walaupun pada pandangan duniawi, adik ini serba tiada, harta benda, pangkat dan darjat, tapi adik dapat merasa nikmat berada dijalan-Nya.

Kakak...
Jika suatu waktu dulu, dosa pahala tidak kita ambil kira, meniti jambatan dunia hingga terlupa dihujungnya akhirat yang tersedia, tapi hari ini, adik berada dilandasan yang berbeza. Mungkin masih jua dijambatan yang sama, tapi memilih lorong yang tahu menilai ganjaran dan azab yang dijanjikan-Nya. Astaghfirullah.

Kakak...
Hampir seluruh zaman remaja kita habiskan dengan penuh kealpaan, tidak berjaya meletakkan diri sebagai anak yang solehah. Tidak menyenangkan hati kedua ibu ayah sedang mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan tidak meminta untuk membalas tiap amal bakti yang diberikan. Astaghfirullah. Pasti hati kecil mereka merintih saat kedegilan itu menguasai anak-anak yang menjadi harapan dunia dan akhirat.

"Ya Allah, ampuni kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini anak-anak yang berdosa."

Namun kakak, sedarkah kita bahawa hari ini Allah masih juga memberikan nikmat untuk kita merasakan alam dewasa. Alhamdulillah, diberikan juga kesempatan untuk kita bergelar isteri dan ibu. Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Tiada yang layak dipuji melainkan Dia. Dan diberikan juga peluang untuk bersama ibu ayah yang sedang meniti penghujung usia mereka. Allahu Akbar!

Kakak...
Perkara-perkara inilah yang menjadikan adik selalu mencari diri, mencari jalan pulang ke sisi-Nya Yang Maha Pemberi. Dan selalu merasakan tidak cukup untuk membalasnya dengan ucapan 'terima kasih' dalam tiap gerak nadi yang berdenyut.

Kakak...
Bersama kekuatan dan kemampuan yang Allah berikan pada adik saat ini, adik benar-benar ingin memimpin kakak bersama adik untuk berada dilandasan yang sama.
Dekatilah Dia, kakak. Kembalilah pada-Nya. Jalan untuk menghampiri-Nya sentiasa luas terbuka. Malah Dia jua Maha Pengampun tiap dosa walau sebesar mana murka yang ada buat kita. Subhanallah. Ayuhlah kakak, kembali mencari jalan pulang sebelum kita bertemu denganNya.

Kakak...
Bersama warkah ini, adik tinggalkan kakak pesanan-pesanan ini, yang mungkin mampu dijadikan azimat dalam kakak meniti sisa usia yang Allah berikan...Insyaallah.

~ Letakkanlah niat hatimu semata-mata kerana Allah dalam apa jua yang dirimu lakukan.

~ Hiasilah dirimu dengan rasa malu yang menebal, agar dirimu bisa memperoleh cahaya yang tersembunyi disebalik kepalsuan dunia.

~ Peliharalah solat. Perbaikilah ia. Dirikanlah diawal waktu.

~ Bersahabatlah dengan Al-Quran dan Sunnah agar dapat menjadi penyuluh jalanmu.
~ Peliharalah jua aurat mu. Tutuplah ia. Ingatlah akan azab yang dijanjikan Allah buat hamba-hambanya.

~ Tunaikanlah kewajipan yang telah diperintahkan Allah buat kita dan jauhi maksiat dan kemungkaran yang melalaikan.

~ Jadilah isteri yang redha dan sabar atas tiap ketentuan yang Allah berikan.

~ Letakkanlah diri sebagai ibu yang solehah dan menjadi murabbi kepada anak-anak.

~ Hapuskanlah kegagalan sebagai seorang anak kepada kedua ibu ayah, gantikanlah dengan bakti yang terbaik buat mereka ketika mereka masih ada atau mungkin saat mereka telah kembali ke sisi Pencipta.


Kakak...
Selebihnya, pasti kakak akan temuinya nanti... Insyaallah.
Inilah jalan kita. Jalan pulang yang kita cari-cari selama ini. Adik doakan moga kakak dipermudahkan Allah dalam usaha menuju ke jalanNya.

Akhirbicara, maafkan adik andai bicara dosa dan pahala ini membuat hati kecilmu tersentuh.

Ingatlah kakak, dunia ini pinjaman semata. Tiada yang akan kekal melainkan Dia. Sementara diberikan kekuatan dan kemampuan untuk kita membezakan, pilihlah jalan yang diredhaiNya.

Moga dikalungkan hidayah buat kita dan sentiasa diampunkan dosa. Kita ini hanya hamba. Hamba yang selayaknya meminta pada Dia yang sentiasa bersedia memberikan laluan buat kita, kerana hanya Dia tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya denganNya, Yang Maha Menguasai tiap perkara. Allahu Akbar!



Wassalam.
Adik.
Hamba Allah yang dhaif & hina.


aien :: buat kakak ain yang tersayang KakZila+KakNana+Naniey+Iera ....

18 May 2011

Akim


Akim - Janji



Akim & Stacy - Jahatnya Cinta



Tiba2 boleh plak terminat si Akim ni..hi2...
Suka tgk senyum dia...manis sngat2..
aien :: tiap-tiap hari tgk video ni..hi3...

Persiapan...

Dah lama tak update blog...
Busy sikit sekarang ni...
Kak ain nak kawin..So,kena kemas rumah lah...hi2...
Bilik pengantin dah siap..
Langsir dah siap gantung...
Sarung kusyen pon dah siap basuh...
Baju yang nk pakai mase majlis tu pon dah siap basuh sekali ngan shawl...
Ada beberapa perkara lagi yg tak selesai lagi...
Tapi kesian kat kak ain..dia plak kena chicken pox...hu2...
Harap2 dia cepat sembuh...
aien :: letih sngat2 tapi best..tak sabar nk dpt abang ipar baru...hi3...

Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu



Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu 

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

( ulang korus )


First time ain dgr lagu ni kira-kira 5 tahun lepas..Mase tu ada satu rancangan kat TV1 sempena hari raya...Rancangan tu berkisarkan kehilangan orang tersayang menjelang hari raya...sedih sngat2 tgk rancangan tu...
Dan mase ain dengar lagu ni dan hayati lirik,ain terus teringatkan arwah abang kwn baik ain.
Ain kenal sngat2 arwah.Arwah merupakan anak lelaki tunggal keluarga itu..
Arwah meninggal dunia kerana terlibat kemalangan jalanraya..Mase tu ain dan kwn ain tu form 4..Bila dengar arwah dah tiada,terus ain menangis...
Terasa sngat kehilangannya sebab arwah seorang yg baik,peramah dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada kami...
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan kalangan orang2 yg beriman..Amin..
Al-Fatihah,,,



aien :: smpai sekarang,setiap kali dgr lagu ni mesti nangis..='( 
 

14 May 2011

Wanita Yang Indah


"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."

Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.

Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.

aien :: http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/wanita-cinta/wanita-yang-indah/...

6 Reasons Why Sweet To Be Single


Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS!!!

1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Sape setuju dengan fakta2 diatas???...hihihihi...
Ekceli ain copy dari laman web Tentang Cinta...
Saje je nak share..maaf seandainya ada yang terasa..



aien :: kadang2 ain rasa sangat sunyi bila single ni...dan sangatlah jelous bila tgk couple asyik berjalan bersama depan ain ni....hi3...

08 May 2011

Selamat Hari Ibu




Mak...Selamat Hari Ibu...
Pp nak mintak maaf sebab selama ini banyak dah kesalahan yg menyakitkan hati mak...
Terlalu banyak pengorbanan mak terhadap anak2...
Terima kasih kerana sudi menjaga kami berlima...
Dan kami mintak maaf selama ni banyak merahsiakan benda2 kat mak...
Tiada siapa yg boleh menggantikan mak dalam hati kami...
Pp sayang mak sangat...



Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...



aien :: tidak lupa buat ibu-ibu diseluruh Malaysia ini....

 
 

05 May 2011

CUN




Ekceli, ain baru je habis tgk cerita ni..
Best sgt2..tak rugi sesiapa yg menonton nya...
Cerita yang penuh dengan nilai kekeluargaan..romantik...sedih...dan ada unsur2 lawak...
Ain bagi 10 bintang utk cite ni...hhi3....
Mungkin kerana Cun! memiliki barisan pelakon yang cukup hebat, maka lakonan serta lawak spontan Maya Karin sebagai Luna yang bertemu cinta dengan jejaka kampung, Atan, lakonan Remy Ishak ternyata berhasil.

Malah Maya dan Remy mempunyai keserasian yang maksimum sehinggakan mereka berdua dilihat seperti benar-benar bercinta.

Cun! mengisahkan tentang seorang pengacara program gosip Meletups, Luna Latisya yang kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Ryan (lakonan Jehan Miskin), dan membuat keputusan untuk mencari ketenangan di kampung pembantu peribadinya, Tom, di Kedah.


Di sana, Luna diberi peluang merasai keindahan dan ketenangan di Kampung Mata Ayer, serta memiliki kasih sayang di antara Tom, Tok Chah (Kartina Aziz), serta sepupu-sepupunya (Atan dan Manis).


Ini membuatkan hati Luna yang lara terubat seketika apabila melihat telatah keluarga Tom itu yang sentiasa dalam kegirangan.

Kemudian, timbul pula perasaan bibit-bibit cinta diantara Luna dan Atan membuatkan wanita itu terasa bahagia.

Bagaimanapun, Luna berjaya dikesan oleh penerbit programnya, Candy (lakonan Ning Baizura) dan berkomplot bersama Ryan, yang masih menyimpan harapan untuk memiliki cinta Luna semula untuk bertemu Luna. 


Best sngat....
Jom kita layan gmbar pulak...








aien :: suka sngat tgk maya karin dgn remy ishak...romantik tau...and 3 kali ain nangis dlm cite ni...hi3....

Mood Bercampur....



4 Mei 2011

Hari ni ain ada presentation sistem yang ain buat semasa praktikal...
Pukul 6 pagi lagi ain bagun..berdebar tahap dewa..hu3...
Ain start present pukul 9 tapi ada beberapa masalah timbul...
Pukul 11 lebih baru tiba giliran ain....
Sistem ain memang simple namun masih tidak dapat memuaskan hati panel penilai..
Macam2 benda dipertikai oleh mereka...
HAbis je present memang rasa down sangat2...
Usaha yang ain buat selama 4 bulan sia2 je....
Ain menangis dalam tandas...tak dapat nak menahan sebak dalam dada...
Entahlah...ain dah tak tahu nak buat macam mana...
Takpelah ain redha....
Ain hanya mengharapkan lulus je sekarang ni...

Lepas tu ain sanggup tunggu sampai petang untuk menyiapkan report untuk dihantar ke supervisor dan panel praktikal...
Siap je report, terus ain hantar...bukannya ape malas nak buat kerja tu banyak2 kali...
And then tiba2 sampai mesej cakap urusan ain belum settle lagi...Mase tu ain dah siap2 nak balik rumah...
Mase tu Allah je tahu betapa STRESS nya ain...
Perasaan ain bercampur2...

Letih sangat2...
Ain tak boleh nak berfikir mase tu....

Okeylah...ain tak tahu nak tulis ape2 dah....
Sekarang ni ain rase emosi ain belum stabil...
Ain LETIH sngat2222.....
Jumpa next entri...



aien :: kwn2...doakan ain lulus yek...tak sabar nak grad ni...hu2....

02 May 2011

Hepi besday.....

~ 1 Mei 2011 ~


Selamat Hari Lahir buat kakakku yg cantik NANIEY....
Besday yg ke 24 tahun....
Ada special wish utk kamo....

- Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
- Dah nak kawin tak lama lagi..
- So,semoga bahagia disamping suami tersayang dan berkekalan hingga ke anak cucu...
- Jadilah isteri yang solehah tau..
- Jangan garang2 sangat...
- Cepat2 lah dapat anak...hi3...
- Terima kasih atas segala2 nya yg pernah kau bagi kat ore...
- Ore sentiasa sayang kau walau ape jua keadaan sekali pon....


Nah kek untuk kakakku tersayang...hi3...



 
sorylah..ni je yang mampu nk bagi...nk beli kek sebenar mahal sngat...maklum lah adikmu ni masih belajar...duit pon cukup2 makan je ada....hi2...


Semalam adalah hari pekerja...
Selamat Hari Pekerja buat org2 yg bekerja....
Dan semalam juga merupakan besday kak ain yg ketiga tu...
Tak boleh nk smbut sebab dia sekarang kerja kat KL...
Kalo dia ada kat kelate ni,of course dah pi smbut kat kb...hi3...
Bulan 6 ni dia bakal berkahwin...
Okeylah...sampai kat sini dulu...nati ain update lagi yek...
daa...


aien :: line celcom semakin hari semakin slow...agak2 nya broadband ape yek yg laju lagi...hu3....

29 April 2011

Apakah Cinta Itu Sebenarnya Untuk Kita?

Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?


Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.


Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.


Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?

Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.



28 April 2011

Chicken pox


Hye2....
dah tiga hari ain terkena penyakit ni..
tak tahulah berjangkit dengan sape..



CHICKEN POX

Pengenalan.

Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.
Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.
Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.
Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.

Simptom

Simptom-simptom selalunya bertahan selama 2 minggu dan ianya hanya muncul setelah 10-21 hari selepas pendedahan kepada penyakit ini.
Walaupun tidak merbahaya, ia boleh menjadi penyakit yang serius sekiranya sistem imuniti yang lemah contohnya di dalam bayi yang baru lahir, pesakit yang sedang dalam rawatan kemoterapi, pesakit yang mengambil steroid, wanita mengandung atau pesakit HIV/AIDS.
Simptom-simptom termasuklah :
  1. Bermula dengan demam, sakit tekak dan rasa letih.
  2. Beberapa hari kemudian disusuli pula oleh ruam dan gatal-gatal badan. Ruam selalunya bermula di bahagian kulit kepala, bawah ketiak,mulut,hidung dan kawasan pinggul.Ruam bermula dengan kawasan kemerah-merahan dengan kantung berisi air  ( blister )ditengah-tengah. Kantung air pecah dan kerak terhasil. Ruam ini tersangat mudah berjangkit dan kanak-kanak tidak dibenarkan ke sekolah sehinggalah lesion yang terakhir sudah membentuk kuping.
  3. Pesakit chicken pox  juga akan menunjukkan  batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Kanak-kanak yang dijangkiti chickenpox akan mempunyai 2 jenis lesion pada masa yang sama.

Gambar sebagaimana di bawah :

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

Rawatan chicken pox sebagaimana di bawah:
1. Rawatan pesakit yang telah terkena chicken pox hanyalah secara rawatan simptomatik sahaja.
a)  Demam : antipiretik – paracetamol samada sirap atau pun tablet.
Ditegah sama sekali memberikan salicylates seperti aspirin dan disalcid kepada kanak-kanak kerana ia boleh membawa kepada penyakit Reye’s syndrome.
Apakah penyakit Reye’s Syndrome?
Ia adalah sejenis penyakit yang melibatkan semua organ di dalam badan dan yang paling merbahanya ialah penglibatan hati dan otak. Penyakit Reye’s Syndrome ini dibahagikan kepada 2 fasa kerana ia selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus sebelumnya seperti infuenza, demam atau chicken pox. Penyakit ini tidak berjangkit dan sebab terjadinya penyakit ini tidak diketahui. Ia sentiasa disalahdiagnosiskan dengan penyakit encephalitis, meningitis, diabetes, lebih dos ubat, keracunan, sudden infant death syndrome atau penyakit psikiatrik.
b)  Gatal-gatal :
1) Losyen Calamine dua hingga empat kali sehari, atau krem hydrocortisone dua kali sehari.
2) Antihistamin seperti Chlorpheniramine maleate 2mg/5ml syrup ( piriton syrup ) dapat membantu melegakan gatal.  Dos ubat ini bergantung kepada umur pesakit sebagaimana di bawah :
Kurang daripada 1 tahun : 2.5mls dua kali sehari.
1-5 tahun : 2.5 – 5.0 mls tiga kali sehari.
6-12 tahun : 10mls tiga atau empat kali sehari.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah asthma atau porphyria, minta nasihat doktor terlebih dahulu.
3) Mandi – Kerap mandi dapat membantu mengurangkan gatal-gatal. Mandian Oatmeal atau separuh hingga satu cawan serbuk penaik yang dicampur dengan air mandian dapat membantu mengurangkan gatal.
c)  Antivirus – Acyclovir ( dapat mengurangkan tempoh pembentukan lesion baru,mengurangkan pembentukan lesion dan mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya diambil dalam masa 24-48 jam selepas terbentuknya lesion. )
1) Aciclovir -  (Acyclovir 200 mg/5 ml Suspension )
Dewasa : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
<2 tahun : 2.5 – 5mls 4 kali sehari selama 5 hari.
>2tahun : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
2) Zovirax – Acyclovir 200 mg Tablet
Dewasa : 800mg 5 kali sehari selama 7 hari.
>2 tahun : 20mg/kg setiap dos empat kali sehari ( 80mg/kg/sehari ) selama 5 hari.
Kanak-kanak lebih daripada 40kg : dos orang dewasa.
d)  Selsema – actifed (Triprolidine HCl 1.25 mg & Pseudoephedrine HCl 30 mg per 5 ml Syrup )
>12 tahun : 10 ml
6 – 12 tahun : 5 ml
2 – 5 tahun : 2.5 ml
6 bulan – < 2 tahun : 1.25 ml
Dos boleh diambil 2 atau 3 kali sehari.
( Actifed tidak boleh diambil untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan !! )
Selain daripada ubat-ubatan di atas, kanak-kanak yang terkena demam chicken pox digalakkan meminum air masak dengan lebih kerap untuk menggantikan air yang hilang dari badan akibat demam ( insensible fluid loss ).
2.Vaksin varivax – ( varicella zoster virus vaccine )
Vaksin ini sebagaimana lain-lain vaksin berfungsi dengan cara merangsang badan membina antibodi terhadap virus varicella zoster setelah suntikan protein atau virus yang dilemahkan diberi kepada pesakit.
Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak dapat merawat pesakit yang sedang dijangkiti chicken pox.
Seperti vaksin-vaksin lain juga, varivax tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada setiap orang. Akan tetapi sekiranya pesakit telah diberi suntikan pencegahan, ia dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit ini.
Vaksin ini hanya boleh digunakan untuk pesakit yang berusia lebih daripada 1 tahun. Vaksinasi untuk penyakit chicken pox ini diberikan sebanyak 2 dos. Dos pertama diberikan pada usia 12-15 bulan. Dos kedua pula diberikan apabila kanak-kanak berusia 4-6 tahun.
Sekiranya pesakit adalah berumur 13 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin ini, pesakit perlu mendapat 2 dos suntikan vaksin dengan jarak antara 2 suntikan sekurang-kurangnya 28 hari.
Anda tidak patut mengambil vaksin ini sekiranya anda :
  1. alergi pada gelatine atau neomycin.
  2. sedang dijangkiti penyakit TB.
  3. mempunyai sejarah terkena syndrome Guillain-Barre.
  4. mempunyai masalah kronik seperti lelah atau masalah pernafasan lain, kencing manis, masalah buah pinggang atau masalah sel darah seperti anemia.
  5. menghadapi masalah kelemahan system imuniti yang disebabkan oleh penyakit seperti kanser atau AIDS, ataupun menerima rawatan seperti steroid, kemoterapi ataupun radiasi.
  6. berumur kurang 18 tahun dan baru sahaja mengambil aspirin atau ubat yang dikategorikan sebagai salicylates.
  7. baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan organ.
  8. mengandung.
Elakkan daripada mengandung sekurang-kurangnya 3 bulan selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Jangan sesekali mendapatkan suntikan vaksin tanpa memberitahu doktor yang anda sedang menyusu anak.
Anda dikehendaki berjauhan daripada bayi yang baru lahir sekurang-kurangnya 6 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil suntikan seperti polio atau vaksin hidup yang dilemahkan lain sekurang-kurangnya 4 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Untuk lebih informasi tentang varivax, anda boleh layari website ini :


Diet semasa terkena chicken pox.

Pemakanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom penyakit.Antara diet yang patut diamalkan semasa terkena penyakit ini ialah:
  1. Kurangkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah-buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  2. Banyakkan meminum air kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  3. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. Pengambilan karot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  4. Jangan sesekali mengambil makanan rapu, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan pembentukan ruam.
Perhatian : Jangan sesekali mengambil ubat tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu!!


aien :: sngat2 gatal...nasib baik ada ubat...hu2....

27 April 2011

Al - Fatihah...

Salam semua...baru berkesempatan nk update blog...hihihi2...
Ye lah ain dah selamat menamatkan praktikal..Kalo dok kat umah,memang xsempat nk update pon.tpi ain try jgk update sekali-sekala...hi2...lgipon sudah 3 hari ain ditimpa penyakit yg tak diduga...kalo nk tahu nati ain update semula yek....
Sebenarnya ain nk update satu kisah yg begitu menyentuh hati ain smpai sekarang...
23 APRIL 2011
Pagi2 lagi ain bgun terus bukak fb sbb semalam tak berkesempatan nk bkak...
Bila dah bkak tu,hati ain tiba-tiba tersentap..Satu post di wall fb tu begitu mengejutkan hati ain...
Sahabat ain merupakan satu kos dgn ain telah meninggal dunia...Arwah meninggal kerana asma yg dihidapinya...
Sangat2 terkejut...dan ketika membaca ayat post itu,airmata ain terus menitik...tiba2 fikiran ain terus terkenangkan muka arwah...
Walaupon ain tidak begitu rapat dgn arwah,namun ain begitu mengenalinya...
Arwah pernah menjadi roomate sahabat baik ain..dan diwaktu itu,selalu jga ain lepak bilik mereka...ketika itu kami disemester dua...kami selalu berbual mesra..selalu juga bertukar cerita korea...selalu study bersama...namun itu seketika...naik semester 3,ain tinggal dirumah sewa...
Last ain jmpa mase nk final exam semester 5..itu pon sekadar bertukar senyuman...
Memang ain tak sangka begitu cepat arwah pergi...
Ain terkenangkan keluarga arwah...
Ain tidak berkesempatan ke rumah arwah utk melawat sebab agak jauh rumah ain nk ke rumah arwah...
Cuma ain hnya dpt sedekahkan al-fatihah dan bacaan yassin....

 Al-Fatihah
- Allahyarhamah Yus Akmal -
Dalam kenangan 1990 - 2011


Ain doakan agar keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini...
Semoga roh arwah ditempatkan digolongan orang2 yg beriman...Amin...


aien :: sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah utk arwah....

Super Junior - Shiwon