Baru-baru ni ain dan classmate hiking broga hill kat Semenyih..
Kitorang plan last minutes..
Sebab tu tak ramai yg join..
Kitaorg pegi 3 buah kereta je..
Malas nk taip pnjang2..layan gmbar je lah...hihihi
Bukit Broga a.k.a Broga Hill ni ada 4 puncak tau..
Lau siapa yg jiwa nya tak kental atau dia tu memang jenis yg tak minat hiking adalah dinasihatkan supaya jgn sesekali try nk naik keempat-empat pncak ni..
Tersangat mencabar terutama masa nk turun tu..
Walaupun penat giler,namun kami berasa sangat puas hati dan gembira dpt luangkan masa bersama2 classmate...BEST!!!!!..
Jadi yang mana masih ada Ibu..yang mana masih lagi ada ayah..
Tolonglah layan elok2...
Tolonglah hormat elok2..
Tolonglah bela elok2...
Jangan maki..
Jangan marah...
Jangan hembur perkataan kasar pada mereka..
Mak panggil kena datang..
Mak lambat pon sabar..
Mak marah pon sabar..
Mak seolah2 kasih kepada anak yg lain..tak kasih pada kita pun sabar..
Itu Mak kita..
Jangan terasa langsung dengan Mak..
Jangan kata : "Mak tak adil !".."Mak kasih orang lain !".."Mak sayang kakak !".."Mak sayang adik ".."Mak tak sayang saya !"..
Jangan anggap macam tu..
Anggap Mak kita sentiasa perfect..
Mak kita sentiasa betul..
Bapak kita sentiasa betul..
Sentiasa betul..
Redha Allah bergantung pada redha dua ibubapa
dan
Murka Allah bergantung pada murka kedua2 ibubapa...
Tanpa ibu & ayah kita, tanpa lah kita.....
Tanpa keredhaan Allah swt, tanpa lah kita.....
Aien :: airmata ain tak berhenti mengalir bila mendengar video ni...Subhanallah...terlalu bnyak dosa yg telah ain lakukan terhadap mereka..bak kata kwn ain..takde manusia kat dunia ni perfect dan takde sorg manusia pon yg takde wat salah..Selagi mereka masih ada,kita wajib hargai mereka..Jangan sesekali wat mereka menangis sbb kan kesalahan mereka..Buat yg terbaik agar mereka bangga dgn kita...Dan yg paling penting, jangan sesekali lakukan benda yg tidak mendapat keredhaan mereka..sbb redha mereka amat penting sekali...lupakan yg lepas..mulakan kehidupan baru dgn lebih baik...Insya-Allah...ALLAH sentiasa di sisi kita...
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa
memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak
pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan;
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya
Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,“Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titisan air mata kedua itu, “Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja.”
Cinta sejati adalah ketika dia
mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:
aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan
sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat
tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu bermula dari mata,
sedangkan rasa suka bermula dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tetapi apabila kamu
cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan berubah
menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang
cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang
masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan
kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , akhirnya kita
terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan didada kita itu sekarang selagi
ada hayatnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu
dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang
tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan
itu.
Wanita-wanita yang keji adalah
untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang
keji (pula), dan wanita yangg baik untuk lelaki yangg baik, dan lelaki
yang baik untuk wanita yang baik (pula)…” (QS. An-Nur: 26)
Yakinlah, janji Allah Maha Benar… Bila anda baik, insyaAlah akan mendapat pasangan yg baik. Asal dengan ikhtiar dan tawakkal kepada-Nya. Bila kasih tak sampai, jangan pula seperti punguk merindu bulan Bila cinta tak berkait, jangan duduk berangan-angan Walau jodoh sudah ditakdirkan, ia tidak akan datang sendiri. Bila ia sudah nampak, jangan biarkan ia pergi..
Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan
semua kepedihan dan tak selamanya kita berada diatas dengan segala
kesenangan. Allah Maha Adil.. Hanya Dia yang tahu mana yang terbaik
untuk hamba-Nya..
“Boleh jadi kamu
tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu
menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang
kamu tidak.” ~ (Al-Baqarah 216)
Sahabatku, ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang
segala yang kau alami.. Setelah sekian lama kau bertahan. Setelah sekian
lama kau memendam luka.
Setelah sekian lama kau rendam nestapa, rupanya Allah izinkan juga
engkau tempuhi jalan itu. Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir”
yang terbaik untukmu..
Sahabatku, ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita
sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita
melepaskannya..
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru..
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang
kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu
yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak
mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada
waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!
“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu? Yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu, Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap.”
~ (QS.94:1-8)
“Kadang-kala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya..”
Dewasa ini, apabila kita sebutkan pasal pengertian CINTA,
ramai daripada kita akan terus teringat kepada kekasih hati kita, sama
ada teman wanita, teman lelaki, atau suami dan isteri. Namun, ramai
yang lupa, pengertian CINTA yang sebenarnya luas, dan melingkupi keseluruhan kehidupan kita..
Pertama CINTA Allah, ia adalah satu kewajipan. CINTA yang paling agung dan perlu kita letakkan pada tahap tertinggi jika hendak dibandingkan dengan CINTA kita kepada perkara lain. Kedua CINTA Rasulullah, CINTA kepada junjungan besar kita, Nabi kita yang membawa syafaat kepada sekalian umat dan makhluk. CINTA terhadap baginda perlulah melebihi daripada segala CINTA terhadap makhluk yang lain.. Dan yang ketiga, CINTA yang sering kita lupa, sering kita abaikan,.. CINTA kepada orang yang menjaga kita dari kecil, memberi sepenuh kasih sayang kepada kita, sehingga kita besar dan berjaya, CINTA kepada ibu dan bapa..
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah
Bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau
bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan
terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan kerenah mereka
sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah
seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah menghantar mereka ke
rumah orang-orang tua. jagalah mereka seperti mereka menjaga anda
sewaktu kecil.. Jangan abaikan mereka…
Sayangilah ibubapa kita…insyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak kita pula..
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.
Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.
Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.
Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.
Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?
Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….
novel ni sudah semestinya sangat best...
sngat berbaloi dgn harganya dan ketebalan itu...
dan seperti biasa,bila ain start bca novel,sudah tentu ain akan menghayati watak2 dlm novel itu dan sudah tentu bila tibe part sedih airmata ni mangalir laju secara automatik..**ngeee~~**
Novel ni best...
Ain jelous ngan Suraya tu sbb dia ada abang yg sangat menyayangi dia even dia just anak angkat..sngat manja dgn abgnya...sentiasa dilindungi dan dijaga dgn baik...**ain xde abg..**
Cinta Faizul yg sngat suci dan tulus buat Suraya sangat menyentuh hati Ain...
Faizul terpaksa bersikap dingin,pemarah dan baran terhadap Suraya hanya kerana dia tidak sanggup menyakiti hati insan yg paling dia cintai itu...
Dia sanggup tanggung derita hati nya sorg2 demi ingin menjaga hati keluarga...
Terlalu bnyak pergorbanan yg Faizul lakukan...
Ada dua perkara sngat sweet dan buat Ain terharu yg Faizul lakukan terhadap Suraya..
1) Dia ambil keputusan utk smbung stdy di oversea semata2 utk melupakan Suraya kerana ketika itu dia tidak dpt ubah perasaan sayang dia dari seorg kekasih ke seorg adik...Dan dia snggup beli banyak buku perubatan padahal dia ambil business stdy hanya untuk lebih mendekatkan dirinya dgn Suraya yg jgak ketika itu ambil bidang perubatan...
2) Setiap hari Faizul akan hadiahkan Suraya sebiji Chocolair sbb katanya setiap hari dia nak Suraya sentiasa senyum manis semanis chocolair itu...
Ain tak tahu lgi nk ckp apa...
I'm falling love with Faizul...hihihihihi...
Silalah beli di keadi2 yg berhampiran yek...
Tak rugi pon beli...hihihihi...
aien :: ain suka bca novel tebal2 sbb baru dat feel lama...lagipon ia stu kepuasan jika dpt bcanya...hihihihi....next entri nk update psl broga hill....
Memang senyuman selalu menghias wajahku
Memang tawa selalu menghias bibirku
Tapi pernahkah kalian tahu
Bahawa sebenarnya hatiku tersayat sedih
Betapa kalian tidak tahu
Kalau dalam senyum itu terlukis puing-puing kesedihan..
Dan kalian tak mengerti, kalau hatiku bergelumung dalam rahsia
Jangan kalian cuba menanyaku, aku sengaja menyembunyikan semuanya
Kerana aku tak ingin kalian turut sama dalam kesedihan.
Aku tak ingin kalian turut berduka kerana aku
Aku tak ingin kalian mengetahui siapa aku sebenarnya
Itulah sebabnya, Aku selalu memaksa diriku untuk tersenyum
Walau segalanya tersembunyi, terjepit tangis yang pilu…
aien :: ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.
Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu,
Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu,
Seindah negerimu,
Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah,
Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran,
Teguh menggalas syariat,
Yang tidak pernah goyah,
Tersentuh hati kudusku,
Lantaran aku disini,
Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulama,
Yang dicintai rakyatnya,
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya,
Biar sekelumit cinta,
Beruntung rakyatnya,
Menumpang teduh seorang ulama,
Yang lembut tapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merinduimu lagi,
Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu,
Memacu membangun Islam bersama,
Semoga kita bertemu kembali.
Juga pembacaan beberapa rangkap perenggan dari novel pertama beliau ‘Melukis Pelangi’:
“Aku sampai pada keadaanku yang sekarang adalah dengan perjuangan Dan selama nafas ini masih terus berhembus Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang Berjuang dan terus berjuang
Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang Tengok saja seorang bayi berjuang untuk membiasakan diri dengan lingkungan asing yang ia belum pernah kenal sebelumnya Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yang unggul
Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menfkahi keluarga Seorang pelajar merjuang untuk meraih ilmu Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehiduan yang layak Yang sedag jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga Yang terkena musibah atau ditinggal orang yang ddikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupan Yang berselisih berjuang untuk damai Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali pada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi”
aien :: sape belum tgk lgi video bicara selebriti ni,wajib tgk...bnyak pngajaran yg kita dpt...xrugi masa anda....hihihihi
Ya Allah bolehkah aku mencintainya? Ya Allah bolehkah aku menyayanginya? Ya Allah bolehkah aku merindunya?
Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri aku memerlu sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini kepada siapa aku akan melabuhkan cintaku ini? dan sampai saat ini belum aku temui jawapannya.
Jika memang dia yang dapat menjadi terbaik untuk dihatiku kan kupasrahkan semua kepadaMu.
jikalah dia yang tepat KAU pilihkan untukku tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati. Jika bukan dia yang untuk terbaik untukku kan ku cuba untuk mengikhlaskan semua meskipun sakit untuk menanggungnya.
Ya Allah.. jika memang Kau jodohkan dia kepadaku , temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan barakah.. dimana kalau tidak di ikatan pernikahan… Semoga cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi….. untuk membangun keluarga sakinah, mawadah dan warahmah kelak bersama suamiku nanti.....
Kali ini ain nk kongsi satu video bicara selebriti yg kearah ke rancangan bual bicara...
Rancangan ini tidak disiarkan di mana2 televisyen mahu pun live atau rakaman...
Ia dirakam utk sekadar berkongsi ilmu...
Rancangan ini telah berlangsung di KTC Kota Bharu Kelantan..
Pada penduduk kelantan berpeluang utk berjumpa selebriti yg tidak asing lagi...
Sebelum ain ulas lebih lanjut, sesiapa yg blum lgi menontonnya,sila kan utk menonton nya...
Antara Selebriti Jemputan : Sharifah Khasif (pengacara akademi al-quran)
Oki Setiana Dewi (pelakon sinetron Ketika Cinta Bertasbih)
Kapten Hafiz (Pilot dan pendakwah bebas)
Banyak pengajaran yg boleh kita ambil dari bual bicara ini...
Setiap kata2 itu boleh kita jadikan sebagai satu nasihat utk diri kita sendiri..
Tidak lupa puisi yg didendangkan oleh Oki Setiana Dewi mengenai negeri Kelantan itu..Sngat menyentuh perasaan...Sikap dia yg sungguh lemah-lembut dan peramah amat memikat penduduk kelantan...
Tidak rugi masa anda jika menontonnya...
aien :: semua yg dikatakan oleh Sharifah Khasif tu memang terkena atas batang hidung ain sndiri...huhuhuhu
Semoga Allah memberkati dan merahmati Mak selalu...
Mak...
Terima kasih...
sebab bersusah-payah mendidik dan membesarkan kami berlima...
sebab dapat bertahan dengan kerenah kami yang bermacam2 ni...
sebab mak sentiasa akan memenuhi permintaan kami walaupon mak selalu 'bising2'...hihihi...
sebab mak sentiasa doakan kami...
Mak...
Tak terbalas segala jasa mak tu...
Hanya Allah saja yang dapat balas...
Mak...
pp nak mintak maaf selama ni pp banyak buat salah...
pp tahu pp ada buat hati mak terluka...pp nk mak tahu yg pp langsung tak de niat nak buat mcm tu...suatu hari nanti mesti mak akan faham...
Mak..
walaupon pp tak pernah ucapkan depan2 mak tpi pp nak mak tahu yang pp SAYANG mak sngat2...datanglah beribu wanita mcm mak sekali pon,tiada satu pon yg dapat ganti mak dalam hati kami...
Sempena hari lahir mak ni, pp nak tujukan lagu ni khas buat mak...
film purple love ini dibintangi oleh aktor pasha 'Ungu Band' (Pasha), artis nirina zubir (talita) dan artis qory sandioriva 'miss indonesia 2010' (lisa). film merupakan produksi starvision.
--------------------------
Malam itu seharusnya menjadi malam paling indah dalam hidup PASHA. Bersama sahabat-sahabatnya, MAKKI, ONCI, ROWMAN dan ENDA, Pasha sudah merencanakan untuk melamar kekasihnya LISA (Qory Sandioriva). Namun ternyata, di hari yang sama juga, Lisa memutuskan hubungan karena memilih untuk bersama laki-laki lain. Pasha pun shock dan patah hati. Makki pun mempunyai ide untuk menghubungi sebuah agency yang bekerja untuk mengembalikan motivasi orang. Agency ini dimiliki oleh TALITA (Nirina Zubir), seorang gadis cantik yang eksentrik. Talita menyanggupi untuk mengembalikan Pasha kembali seperti dulu. Ia pun dengan berbagai caranya yang unik berhasil membuat Pasha mau bangkit, tapi tetap saja tidak bisa menyembuhkan patah hati Pasha. Akhirnya Talita berkesimpulan, Pasha baru akan bisa sembuh total kalau berhasil menemukan cinta yang baru. Talita pun menjodohkan Pasha dengan kliennya yang lain, SHELLY (Kirana Larasati), seorang gadis lucu naif dan sangat romantis
Tapi ternyata nasib berkata lain. Shelly justru jatuh cinta dengan ONCI, dan Onci juga merasakan hal yang sama. Merasa tidak enak dengan Pasha dan teman-temannya, Onci dan Shelly pun backstreet. Talita pun kebingungan saat Shelly menyatakan tidak mau dijodohkan dengan Pasha. Maksud hanya ingin menghibur Pasha, Talita menyadari kalau ia sebetulnya mencintai Pasha. Pasha sendiri, yang tidak tahu kalau selama ini Talita menjalankan tugas dari teman-temannya, betul-betul mulai merasa jatuh cinta dengan Talita.
Pasha pun melamar Talita. Semua sepertinya berjalan sempurna untuk Talita. Akhirnya ia bisa mendapatkan cinta sejati. Namun semua berubah saat Lisa kembali untuk Pasha. Sepertinya tugas Talita, yaitu mengembalikan kebahagiaan Pasha dengan memberinya cinta akan bisa diselesaikan dengan kembalinya Lisa
Yang mana yang lebih penting untuk Talita? Kebahagiaan Pasha atau kebahagiaan dirinya sendiri?
Ain bru je lepas tgk cite ni.
Cite ni best sngat2...
Sebuah filem ada penuh dengan elemen persahabatan dan percintaan...
Pp sentiasa doakan abah panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Abah jaga kesihatan baik2 tau...
Jangan kerja kuat2...
Jaga pemakanan tu...
Walaupon pp tak pernah ucapkan apa2 pada abah tpi pp nak abah tahu pp sentiasa sayang abah sampai bila2...
You the only one ABAH in this world....
Pp nk mntak maaf jika selama 21 tahun pp kat di sisi abah ada buat salah atau ada menyakiti abah...
Pp janji yg pp akan belajar rajin2 dan pp nk hadiahkan kejayaan pp ni khas utk abah...
Khas buat Abah tercinta ::
Allah bagi kita ayah,
walaupun ayah tidak melahirkan kita.
tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..
setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita...
ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..
dan pujian terhadap Allah..
semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..
Walaupun ayah jarang bercakap..
tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2
jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
berapa yang tak cukup?
lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
kerana ayah percayakan anaknya....
Ayah
tiada kata indah untukmu
melainkan lafas aku sayang padamu
tapi aku takut
takut melihat pandangan matamu
takut melihat wajah seriusmu
namun
aku dapat melihat akan kesedihanmu
sedih melihat kerenah anak-anakmu
Sedih melihat perjalanan hidupmu.
Ayah
kau sentiasa di hatiku
pesananmu sentiasa di mindaku
nasihatmu sentiasa di jiwaku
amanahmu sentiasa di hati putihku. Ayah
kaulah idolaku
kaulah yang satu
dan tak mungkin bertukar ganti.
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…