Berhabuk giler blog ni...nmpak sngat tuan dia pemalas nk update..
Biasalah bila dok kat kg a.k.a home sweet home semua kerja yg ain wat kat shah alam ditinggalkan...yg ain thu nk restkan minda yg dah serabut dgn final exam...nk recharge blik tenaga2 yg ain korbankan selama ni..hehehehe...
Isnin ni semester baru bermula..
Seperti biasa azam baru pun dah ada..kali ni ain mesti nekad nk berubah...taknak berada dilandasan yg lama lgi...ain perlu usaha dengan lebih keras lgi...NEVER SAY NEVER..
Tapi sampai sekarang ain masih tertanya2 ape cita2 ain yg sebenarnya????...
Adakah betul jalan ini yang akan menjamin masa depan ain kelak???..
Entahlah..sukar untuk ain ramalkan..
Semua ini adalah takdir ALLAH..DIA lah yg berhak tentukan hidup ain ini..
Cuma ape dlm fikiran ain sekarang ini hanya ada dua benda je..
Kejayaan dan keluarga..
Ain nak belajar bersungguh2 smpai ain dapat berikan kejayaan buat keluarga ain terutama mak ngan abah..
Masa sekarang ni ain tak mampu nak bagi mereka wang ringgit..ape yg ain mampu kejayaan ain dlm pelajaran merupakan harta berharga ain buat mereka...ain tak sanggup nak kecewakan mereka..
Merekalah cinta hati ain utk semalam,hari ini,esok dan selama2 nya...
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya...
Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda semakin terperuk dengan keputus-asaan
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna..
Gara-gara kesedihan..
Air yang manis akan terasa pahit..
Makanan yang lazat terasa hambar..
Bunga mawar yang mekar mewangi menjadi layu..
Mood ain mggu ni agak suram..tiap2 hari asyik tacing je lepas tu nangis..
Bukannya 1st benda2 mcm ni terjadi kat ain..
Lau dulu memang ain akan memberontak..
Tapi bila sudah meningkat dewasa,ain lebih suka mendiamkan diri..
Mungkin itu jalan terbaik kot..Biar ain sorang je yg tanggung semua ni..Ain tak nak bebankan org lain..
Ain bersyukur sngat sbb ain dikurniakan akak dan abg ipar yg amat memahami diri ain..Diorg tak putus2 bgi semangat dan kekuatan buat adiknya yg lemah ni..
Abe..terima kasih sbb hadir dlm hidup pp..walaupon abe bkn abe kndung pp namun layanan abe persis sorg abg kandung..
Abe..walaupon ada yg kutuk abe..selalu pertikaikan kerjaya abe..tidak pandang kebaikan abe..namun abe tetap terbaik di mata pp..biarlah ape diorg nk kata..
Insya-Allah satu hari nanti pp akan balas semua jasa dan kebaikan abe terhadap pp..
pp doakan abe bahagia bersama keluarga tercinta hngga akhir hayat..
aien :: no more tacing..no more crying...no more tearing...life must go on...XD
Baru2 ni ain pegi mall yg baru bkak kat Bukit Jelutong..
Hajat dihati nak main boling kat sana tpi sygnya fullhouse plak...maklumlah masa ian gi tu ari sabtu..ari cuti..mostly mcm mak2 datin je yg main..hihihi..
So,ain n the geng tukar plan..nk main boling kat Plaza Alam Sentral...
Before blik,ape lgi bergmbar lah kjap...hihihi.
Buat pengetahuan semua Space U8 Mall ni tempat pertandingan VERSUS yg kat TV9 tu..Masa ain pegi tu memang adalah set2 VERSUS..pentas nya sngat besar n cantik..
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…