CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 February 2013

~~ NUR IZZARA NASUHA MOHD IZANI ~~






My little princess...
Ciksu rindu Zara sangat2...

08 January 2013

Selamat Hari Lahir Mak

~ 8 Januari 2013 ~

Every time I'm down, I think of you
Every time I lose, I think of you
Every time I'm faced with a touch task, I think of you
Do you know why?
Because it reminds me of a strong individual who never let anything put her down


Every time I look back on the times we spent together, I feel blessed. Those sweet memorable little walks in gardens, beaches, and parks, where we wandered hand in hand, helped me learn a lot in life. You are my teacher, my idol. I love you for everything and am proud to have a mother like you.

There has never been a day in my life when I have ever forgotten how much you mean to me. I may not always get to tell you this, but I just want you to know that you are undoubtedly the coolest Mother in this world. I love you.
You have been the best Mom in the world to me. Thank you for always forgiving me for all my mistakes and loving me so unconditionally! I love you Mommy.


SELAMAT HARI LAHIR MAK...
pp sentiasa doakan Mak panjang umur dan bahagia disamping ABAH..
pp nak Mak tahu yang pp terlalu sayangkan Mak..Mak adalah nyawa pp..
Insya-allah Mak,suatu hari nanti pp akan balas semua jasa2 Mak ngan Abah..Mak ngan Abah tunggu tau..sayaaaaaang Mak sangat2...

06 January 2013

Ayah

Selalu bercerita tentang ibu...sesekali tentang ayah juga!

Biasanya..
AYAH membelikan makanan yang kamu inginkan, dan ia akan menghabiskannya kalau kamu tidak suka….
AYAH tidak memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi ia sebenarnya tidak lena tidur semalaman, bimbang kalau2 berlaku kecemasan...
AYAH sedih melihat kamu pergi bermain dengan rakan2mu kerana mulai sedar yang kamu sudah besar, tidak lagi beramin dengannya...
AYAH akan berkata “tanyakan saja pada ibumu” ketika ia ingin berkata “tidak”...

AYAH benar-benar gembira bila berjaya membantumu tapi ia sukar meminta bantuan...
AYAH mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tapi ia membantu kamu mencarinya...
AYAH berasa dihargai ketika dia melihatmu melakukan sesuatu persis seperti caranya….
AYAH lebih bangga dengan prestasimu, daripada prestasinya sendiri…
AYAH hanya akan bersalam denganmu ketika pertama kali kamu meningalkan rumah, keranana kalau dia sampai memelukmu mungkin ia tidak akan melepaskannya.

AYAH akan melupakan apa yang ia inginkan, untuk memenuhi apa yang kamu inginkan…
AYAH tidak cuba menjadi yang terbaik, tapi dia hanya cuba melakukan yang terbaik…untukmu!
Dan terpenting adalah… AYAH tidak pernah menghalangimu untuk mencintai Tuhan, bahkan dia akan membentangkan seribu jalan agar kau dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu karenaNya.

Hormatilah Ayah! Kerana Seluruh Hidupnya Dihabiskan UntukMu! :)


copy dari fb Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar


Pp sayang ABAH sangat2...Insya-Allah,satu hari nanti Pp akan balas semua jasa2 Abah ngan Mak..Restu dan doa Abah n Mak sangat2 berharga buat Pp..

21 December 2012

~ Doa ~




19 December 2012

Nightwish - Phantom Of The Opera


Ini kumpulan heavy metal...ain tak minat sangat kumpulan sebegini...
Someone yg start kenalkan ain ngan kumpulan ini..dalam hp dia penuh ngan lagu sebegini..
Sememangnya dia amat meminati kumpulan heavy metal...
Bila ain dengar je lagu ini,automatik ain terus teringat kan dia..
Semoga dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang..

12 December 2012

Sahabat Dunia Dan Akhirat


Terima kasih sahabat..
Kerana sentiasa ada disis tak kira susah dan senang...
Sentiasa ingat ain walaupun sesibuk mana kamu...
Tak terucap kata2 terima kasih ini...
Ain harap kamu tidak pernah jemu melayan kerenah ain yang bermacam2..
Sudi menjadi penasihat ain dikala ain dilanda kekliruan...kesedihan...
My chinggu..i always love u...

~121212 ~




 




~CINTA HATI KU HANYA UNTUK-MU YA ALLAH S.W.T ~

11 December 2012

THE WEDDING BREAKER - Evelyn Rose


Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah Kau akan mendekatiku…

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata m
asyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Ain tak baca pon lagi novel ni tapi ramai kata best.
Novel ni No 1 Carta Bestseller kat Popular..
So,tggu ain beli dulu yek baru blh cite panjang2.. 

Sebenarnya, Saya Isteri Dia - Zura Asyfar

 

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Cite ni best sangat2..
Walaupon ain belum baca keseluruhan tapi bestlah...
tak sabar nak beli novel ni..dah cari tapi still tak jumpa...

09 December 2012

Username





Hye2...lama sudah tak menaip entri yang panjang2..
bukan nya apa busy gile2 sekarang ini.
terlalu banyak projek yang perlu disiapkan..
okeylah..malas nak coret panjang2 bukannya ada orang baca pun kan...huhuhuhuhu

Berbalik pada tajuk diatas ain terpanggil nak kongsi username..
Ain pasti setiap orang mesti ada username masing2..ada tu sampai ada lima username..al-maklum lah nama terlalu panjang...hihihihi...
Nama sebenarnya ain adalah AIN AFIFI ABDUL KADIR..

Ahli keluarga ain dan orang2 kampung ain semua panggil ain ni PIPI..
Tapi lau abah ain panggil P je..so,kalau ada benda dia nak mintak tolong,mesti nama ain yang disebut sebab senang je..sebagai contoh "P.......tolong ambikkan baju abah dalam bilik","P...pergi kedai beli ayam"...hihihihi

Kawan2 ain plk panggil AIN je..tapi kadang2 dalam kelas tu ada dua orang nama ain,mesti kitaorang tertukar..kalau sorang panggil ain, mesti dua2 berpaling..diorng kena panggil sekali nama ayah barulah betul..

Panggilan yang ketiga adalah FIFI...nama yang ni paling ain suka..sebab jarang sangat ada orang panggil ain dgn panggilan ni..selalunya lecturer n cikgu sekolah ain je yg guna nama ni..dan abg ipar ain guna nama ni lau dia mesej ain..sweet sngt...erk..perasan lor..

So,apa pulak nama panggilan korang yek????...

25 November 2012

Sha & Shah by Sha Ibrahim


Sinopsis:-

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…



Ain baru je lepas baca novel ini..tersangatlah best dan sweet...
Shah seorang lelaki yang tersangatlah hensem dan selalu digosipkan dengan model2 terkenal dan Sya seorang isteri yang tenang je menjawab segala gosip tu...
Ain tak reti nak terang lebih2..
Apa yang boleh cakap memang tak rugi baca dan beli..
Ada part lucu..romantik..sedih..dan yang paling Ain suka adalah ada unsur persahabatan yang tidak ternilai dalam novel ini.. 

24 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan2 blogger..
Sama2 lah kita semua hayati erti  sebenar korban dalam islam..
Kita ambil contoh yang terdekat dengan kita iaitu pengorbanan ibubapa buat kita...
Apa yang telah mereka korban untuk membesarkan kita selama ini...
Jom kita hayatinya...

Raya Haji kali ini betul2 lain...
1st time ain balik rumah,rumah kosong..sunyi sepi...
1st time balik rumah,tgk motor ngan keta abah tanpa tuannya....
1st time ain balik rumah,mak ngan abah takde tunggu ain kat rumah...
1st time ain balik rumah,ain tak dpt nak salam tangan mak ngan abah...
1st time ain balik  rumah,tak dapat nak makan masakan mak yang sedap2..
1st time ain balik rumah,tak dapat nak mengada2 ngan abah suh dia beli macam2 utk ain..
1st time balik raye haji ni ain tak dapat mkn daging bnyak2 mcm selalu....
SEBAB APA...
sebab Mak ngan Abah ain sekarang sedang menjalani ibadah haji di Rumah Allah...
Alhamdulillah...rezeki mereka dapat menjejaki ke sana...
1st time diorang pergi jauh dari kami adik-beradik...
Rindu..Sedih...tak usahlah nak cakap..tiap2 hari ain nangis sebelum tido..
Bila kawan2 post cakap tak sabar nak balik rumah jumpa ibubapa masing2,ain hanya memendam rasa...semangat nak balik kampung langsung tak de...dapat rase mcmne hari pertama raya tu nanti..mesti sunyi gila... 





Ya Allah..kurniakan lah kesihatan yang baik buat mereka supaya mereka dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat Haji Mabrur...
pp sentiasa ingat pesan Mak...
Mak..Abah..jaga diri baik2 tau..Doakan kami adik-beradik kat sini...
sayaaaaaaggggg Mak ngan Abah selalu....

26 September 2012

Si Dia




Ketiga-tiga lagu ni sangat mendalam buat ain...
Setiap kali dengar mesti hati ini sebak..
Lagu ini seolah-olah isi hati ain buat si dia...
Jauh di sudut hati ini ain betul2 rindukan dia..
Dia banyak bagi dorongan buat ain...Walaupon perkenalan kami singkat namun ia tetap terpahat dalam hati ni...
Seandainya ada jodoh diantara kita pasti kita akan jumpa lagi kan..
Tapi ain tetap doakan semoga dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang...
mungkin dia dah lupa kewujudan ain namun ain tetap ingat dia sahabat ain dunia dan akhirat.....

15 September 2012

Lagu feveret minggu ini

09 September 2012

+_++_++_++_+

Fuhhhhhhhh...
Berhabuk giler blog ni...nmpak sngat tuan dia pemalas nk update..
Biasalah bila dok kat kg a.k.a home sweet home semua kerja yg ain wat kat shah alam ditinggalkan...yg ain thu nk restkan minda yg dah serabut dgn final exam...nk recharge blik tenaga2 yg ain korbankan selama ni..hehehehe...

Isnin ni semester baru bermula..
Seperti biasa azam baru pun dah ada..kali ni ain mesti nekad nk berubah...taknak berada dilandasan yg lama lgi...ain perlu usaha dengan lebih keras lgi...NEVER SAY NEVER..
Tapi sampai sekarang  ain masih tertanya2 ape cita2 ain yg sebenarnya????...
Adakah betul jalan ini yang akan menjamin masa depan ain kelak???..
Entahlah..sukar untuk ain ramalkan..
Semua ini adalah takdir ALLAH..DIA lah yg berhak tentukan hidup ain ini..
Cuma ape dlm fikiran ain sekarang ini hanya ada dua benda je..
Kejayaan dan keluarga..
Ain nak belajar bersungguh2 smpai ain dapat berikan kejayaan buat keluarga ain terutama mak ngan abah..
Masa sekarang ni ain tak mampu nak bagi mereka wang ringgit..ape yg ain mampu kejayaan ain dlm pelajaran merupakan harta berharga ain buat mereka...ain tak sanggup nak kecewakan mereka..
Merekalah cinta hati ain utk semalam,hari ini,esok dan selama2 nya...














 

15 July 2012

Selamat Hari Lahir yg Ke-22 tahun

    14 JULY 2012

Not just a year older, but a year better.
 
 
 
aien :: waiting for Mr.Simple...

11 July 2012

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
 8 . Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.



aien::jeng2...mcm betol je fakta ni...hihihihi

22 June 2012

Selamat Hari Bapa


Abah...Selamat Hari Bapa..
Terima Kasih atas segala2 nya..
Abah merupakan hero dlm hidup ore..
Semoga Abah panjang umur dan bahagia dengan Mak...

Lagu ni buat Abah...



Ore sayang Abah sangat..
Abah jaga diri tau...
Jangan kuat sangat keje..Nati bila ore dah berjaya ore akan balas semula jasa2 Abah ngan Mak...


aien :: baru perasaan takde pon gmbar ain ngan abah...huhuhuhu...

02 June 2012

~~ La Tahzan ~~


Jangan bersedih kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya...
Kesedihan demi kesedihan bakal membuat anda semakin terperuk dengan keputus-asaan
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna..

Gara-gara kesedihan..
Air yang manis akan terasa pahit..
Makanan yang lazat terasa hambar..
Bunga mawar yang mekar mewangi menjadi layu..


Mood ain mggu ni agak suram..tiap2 hari asyik tacing je lepas tu nangis..
Bukannya 1st benda2 mcm ni terjadi kat ain..
Lau dulu memang ain akan memberontak..
Tapi bila sudah meningkat dewasa,ain lebih suka mendiamkan diri..
Mungkin itu jalan terbaik kot..Biar ain sorang je yg tanggung semua ni..Ain tak nak bebankan org lain..
Ain bersyukur sngat sbb ain dikurniakan akak dan abg ipar yg amat memahami diri ain..Diorg tak putus2 bgi semangat dan kekuatan buat adiknya yg lemah ni..


Abe..terima kasih sbb hadir dlm hidup pp..walaupon abe bkn abe kndung pp namun layanan abe persis sorg abg kandung..
Abe..walaupon ada yg kutuk abe..selalu pertikaikan kerjaya abe..tidak pandang kebaikan abe..namun abe tetap terbaik di mata pp..biarlah ape diorg nk kata..
Insya-Allah satu hari nanti pp akan balas semua jasa dan kebaikan abe terhadap pp..
pp doakan abe bahagia bersama keluarga tercinta hngga akhir hayat..



aien :: no more tacing..no more crying...no more tearing...life must go on...XD





25 May 2012

Futsal at Sport Planet Sek 16

Aktivit seterusnya adalah main futsal...
Ni 1st time ain main..best sngat tpi letih giler...
Masing2 xpndai main so kitorg pakai hentam je...
Sangat lucu tpi best sbb masa nilah kitorg dpt bersuka ria bersama2...















Ada dua team..iaitu team A dan team B..
Ain main utk team B..walaupon bnyak sepak angin dari bola nmun team ain menang...hahahha...
All of you memang the BEST lah....

Super Junior - Shiwon