Sinopsis:-
Kata orang cinta itu mampu hadir dari
pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu
diramal oleh jiwa, begitu saja.
Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan
cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau
dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi
wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.
Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan
membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk
dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.
Menyedari keadaan Tengku Qalif yang
bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki
bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis
setiap bantuan darinya.
Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.
Semakin jauh mengelak, semakin dekat
Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif
terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.
Perkahwinan yang awalnya dialas dengan
kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu
bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang
datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat
Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.
Namun kemunculan seorang lelaki di
pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua.
Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah
tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang
lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.
Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?
“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”
Baru je lepas habiskan novel ni..
Sangat best++...
Tak rugi belinya..
Kisah Imanina yg tak jemu2 menawan hati suaminya..disini ada konsep perigi mencari timba..tapi akhirnya mereka hidup bahagia..
Sekeras2 hati + seego jiwa seorang lelaki akhirnya berjaya dilembutkan dengan kepolosan seorang wanita a.k.a isteri sendiri...











0 sahabat baik saya: BALAS
Post a Comment
Thanks sebab sudi komen kat blog ain...
Note: Only a member of this blog may post a comment.